Thursday, March 10, 2011

PAS memusuhi Blogger? Satu provokasi mejatuhkan kepimpinan PAS

Semalam aku tertarik membaca sebuah artikel berkenaan Padahnya PAS Memusuhi Bloggers dari blog Malaysiawave. Pada mulanya artikel tulisan pengarang blog itu, Tulang Besi seakan-akan betul. Tetapi bila berfikir balik dengan akal kurniaan Allah ini, nampak sangat niat buruk beliau untuk menjatuhkan imej kepimpinan PAS yang diterajui TG Abdul Hadi Awang.

Aku bukanlah seorang penyokong PAS yang kuat, bahkan aku memilih platform PKR dalam berjuang. Namun sebagai menyokong prinsip-prinsip Pakatan Rakyat, hal-hal berkaitan PAS aku perlu ambil tahu walaupun sedikit.

Tidak dinafikan PAS tewas pada 4 pilihanraya kecil sebelum ini; merujuk kepada PRK Galas, Tenang, Merlimau dan Kerdau serta hampir tewas di Manek Urai. Namun adakah itu menjadi kayu pengukur terhadap kelemahan kepimpinan PAS? Adalah tidak adil apabila kesemua PRK tersebut rakyat digula-gulakan BN dengan tawaran berjuta-juta. Lumrah manusia lagi-lagi orang Melayu yang suka dengan mata wang. Jika PAS mempunyai dan memberi tawaran seperti itu, nescaya PAS akan mendapat sokongan bukan? Namun itu bukan prinsip perjuangan PAS dan PR.

Kenyataan PAS memusuhi blogger jelas satu usaha provokasi untuk mencemar kepimpinan PAS! Ini satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab. PAS beberapa bulan lepas telah mengadakan perjumpaan dengan para bloggers PR dan mengadakan sesi soal jawab bersama-sama. Adakah itu mencerminkan PAS memusuhi blogger? Barangkali kepimpinan PAS ada menegur tetapi adakah itu salah? Tiada pula satu kenyataan pun yang dilafazkan dari kepimpinan PAS yang mereka ada memusuhi para blogger.

Kemudian kenyataan menunjukkan kepimpinan PAS hanya berkata soal "Kerajaan Perpaduan" dengan Umno. Ini juga salah, PAS lah yang sekarang ini berusaha dengan penuh gigih menjalankan program "PAS ganti Umno" bermula di Terengganu. Mungkin ke seluruh Malaysia! Tidakkah itu menunjukkan komitmen PAS untuk menjatuhkan Umno yang dibuat oleh kepimpinan PAS? PAS jugalah yang menghimpunkan pemuda-pemuda seluruh Malaysia di program Himpunan Pemuda PAS di Kota Sarang Semut, Kedah tempoh hari. Tidak usaha keras itu merupakan usaha untuk menjatuhkan Umno pada PRU 13 kelak? Presiden PAS telah memberi komitmen tinggi menunjukkan kesetiaan PAS pada PR sehingga terbitnya sebuah kesefahaman melalui dasar Buku Jingga!
 
Usaha kepimpinan PAS sekarang ini juga telah membawa PAS mendekati masyarakat bukan Islam. Sebab itu PAS pada PRU 12 telah merobohkan tembok perkauman dimana PAS memenangi beberapa kerusi campuran seperti di Parlimen Kota Raja. Dengan pertubuhan Dewan Penyokong PAS juga merupakan satu usaha kepimpinan PAS untuk menarik sokongan masyarakat Islam dengan berlandaskan syariat Islam yang diterima semua.

Dan pokoknya, kerana ketegasan kepimpinan PAS lah, MP-MP PAS setia berjuang dalam PAS. Lihatlah PKR, parti yang aku sokong, ramai MP mereka keluar kerana wang. PAS? Tiada seorang pun setakat ini.

Usahlah blogger-blogger yang digelar 'PAS Reform' memburuk-burukkan TG Abdul Hadi Awang dan Nasaruddin Mat Isa. Jika mereka lemah, sudah tentu mereka tidak dipilih wakil-wakil untuk menerajui PAS pada Muktamar lepas. Dan jika mereka hendak 'menjatuhkan' Presiden dan Timb. Presiden, mereka perlu berusaha keras untuk mempengaruh perwakilam pada Muktamar dan Pemilihan PAS kali ini.

Akhir kata, PAS semakin diterima masyarakat Malaysia dan "PAS for ALL"


No comments:

Post a Comment