Friday, December 18, 2009

Kerajaan bg green light kt Iran....

Malaysia Dan Iran Tingkatkan Kerjasama Sumber Manusia

PUTRAJAYA: Malaysia dan Iran akan menandatangani Memorandum Persefahaman mengenai kerjasama dalam meningkatkan kemahiran teknikal dan sumber manusia di Tehran minggu depan.

Malaysia akan diwakili oleh Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S.Subramaniamyang akan membuat lawatan rasmi ke Iran selama empat hari bermula esok, menurutkenyataan Kementerian Sumber Manusia di sini hari ini.

Lawatan itu bagi memenuhi jemputan rasmi daripada Menteri Buruh dan Hal-Ehwal Sosial Iran Abdolreza Sheikholeslami.

"Kedua-dua buah negara berpendapat bahawa kerjasama yang terjalin ini akanmampu membina perkongsian pintar melalui pendekatan amalan baik dalam menyokonginstitusi pembinaan sahsiah melalui pertukaran pengalaman dan kepakaran" tambahkenyataan itu lagi.

Kerjasama dua hala itu juga sebagai pelengkap kepada usaha kedua-duakerajaan meneroka pasaran baru termasuk kerjasama dalam bidang perburuhan,latihan teknikal dan vokasional.

Dalam lawatan itu, Dr Subramaniam akan bertukar-tukar pengalaman denganAbdolreza mengenai polisi dan strategi penggajian kedua-dua negara, termasukmempelajari sistem keselamatan sosial dan program rehabilitasi kepada pekerjayang hilang upaya yang diamalkan oleh Iran.

"Kerjasama itu dijangka dapat memanfaatkan Malaysia daripada aspek teknologidalam industri tenaga, perubatan, pembangunan sumber manusia dan lain-lain.

"Dalam pada itu, inisiatif ini juga akan memberi mej yang baik kepada kedua-dua buah negara selaku anggota Pertubuhan Persidangan Islam melalui kerjasama erat dalam pelbagai bidang," kata kenyataan itu. - BERNAMA

bg aku ini merupakan satu berita yg menakutkn aku...bkn pe...dgn green light yg diberikan oleh kerajaan kite kt Iran-syiah...dpt la dieorg menyebarkan doktrin2 Syiah kt org Mesia..myb kite x nmpk scr langsung...tp scr halusnye...dieorg akn import org2 kuat dieorg utk sebarkn doktrin2 mereka...dan ini sgt merbahaya krn syiah da pn mula bergerak scr aktif di malaysia ni...

dgn adenye org Malaysia sendiri menyebar scr halus melalui tulisannya yg dibace rmei...iaitu tulisan Faisal Tehrani yg terang myebarkn doktrin syiah...x mustahil ngn kemasukan org2 dr Iran ni bakal menguatkan pengaruh syiah mereka kt Malaysia ni...

aku doa agar kite kuat ngn pegangan sunnah kite dan cukup menagkis serangan syiah ni..

same2 kite berdoa...


salam...


trivia:

Rafsanjani, tokoh syiah terkenal, khutbah Jumaat di Uni. Tehran, 8 Feb 2002: "Tentera Iran telah memerangi TALIBAN, dan berkerjasama menjatuhkannya. Jika tidak krn bantuan tentera Iran dlm peperangan TALIBAN, Amerika telah tenggelam di bumi AFGHANISTAN"."...dan seharusnya Amerika mengetahui, jika tidak tentera Iran, Amerika tidak mampu dpt menjatuhkan TALIBAN".

2 comments:

ilusi_Realiti said...

salam...just nak tanya...betul ke faisal tehrani penyebar doktrin syiah?...ada fakta2 yg dapat menyokong statement anda?...takut2 kita tergolong dalam golongan penyebar fitnah...moga2 dijauhkan nye..:)

cuba rujuk link dibawah..:)

http://saifulislam.com/?p=7247

BloggerJalanan said...

http://pinkturtle2.wordpress.com/2008/12/11/11423/

Post a Comment