Tuesday, June 29, 2010

Start Berkempen Secara Rasmi Memusnahkan BN



mulai hari ini aku bertekad berkempen untuk Paktan Rakyat untuk pilihanraya Umum ke-13 (PRU13)

1st step aku nak tunjuk hipokrit UMNO-BN dalam isu Raja-Raja Melayu. UMNO cakap DAP hina raja-raja Melayu? Bagaimana pula UMNO?


Anda nilaikan sendiri bila orang melayu UMNO sendiri buat pada Institusi Raja-Raja Melayu. Bukti:


1. Pengasas Umno Dato’ Onn Jaafar dibuang daripada istana Johor pada tahun 1920 dan membawa diri ke Singapura kerana kritik Sultan atas isu harta.

2. Tahun 1974 Tan Sri Gahzali Jawi (bapa Dato’ Seri Tajul Rosli) yang tidak mahu meletak jawatan Menteri besar Perak, walaupun perjanjian asal dia hanya hendak pegang dua tahun sahaja. Apabila sampai masanya dia tidak mahu lepas jawatan. Sultan Idris murka dan bernazar tidak mahu cukur jambang, selagi Ghazali Jawi tidak mahu letak jawatan. Bukankah ini derhaka namanya. Tiba-tiba Tajul Rosli kata Umno tidak pernah derhaka tidak pernah ucap macam Nizar.( UM 12/2/09). Tindakan bapanya kepada Sultan Perak apa pula maknanya.

3.Begitu juga pada tahun 1979 kes Dato’ Rahim Bakar bekas Menteri besar Pahang yang berselisih dengan Sultan pahang. Media pro Umno mengkritik sultan secara terbuka.

4.1983 Umno hendak meminda supaya kuasa YDP Agong mengenai pengistiharan dharurat dikurangkan maka Umno membelasah Raja-Raja Melayu kerana menolak cadangan tersebut.

5.Pada tahun 1991 dalam Persidangan Agung Umno, Sultan Kelantan dihentam secara terbuka kerana menyebabkan Umno kalah di Kelantan.

6. Dalam Persidangan Agung Umno juga perwakilan Umno meminta harta raja disiasat. Berita ini dilaporkan oleh Utusan Malaysia muka surat depan. Apakah ini bukan derhaka?

7.Satu demontrasi dan hantar memorandum kepada Sultan Kelantan telah dibuat oleh pemimpin Umno Kelantan. Kenapa FRU tidak tembak gas? Apakah ini bukan derhaka namanya.?

8.Pada 18hb Jan 1993 Pindaan Perlembagaan Persekutuan yang membolehkan raja di bawa ke mahkamah.Apabila Raja-Raja Melayu minta tangguh pindaan ini, maka media mengkritik secara terbuka salah laku raja.

9.Beberapa siri rapat umum haram Umno di A.Setar, Bagan Datoh, Seremban, Batu Pahat dan Melaka untuk menunjuk sokongan pada Tun Mahathir dan mengecam raja-raja Melayu.

10.Sebab itu Ku Li dengan sinis menyatakan “Mana satukah yang lebih merbahaya Pindaaan 1993 atau tindakan rakyat tidak menunjukkan hormat pada sultan Perak pada 6/2/09. Beliau tidak bersetuju dengan tindakan Karpal saman Sultan Perak, tetapi beliau menyatakan Karpal membuat suatu perkara yang dibenarkan oleh perlembagaan yang pemimpin Umno yang beri laluan pada tahun 1993. (Star On Line 17/2/09). Tiba-tiba sekarang Umno pula menjerit marah kepada Karpal. Sepatutnya orang Umno kena buat demo depan pejabat Umno. Saya yakin hak yang pergi demo itu memang zero IQ, yang tidak sedar bahawa pemimpin merekalah yang menjatuhkan martabat raja sehingga boleh dibawa ke mahkamah.

11.Peristiwa pertabalan Tengku Ibrahim Inderaputera untuk mengganti Sutan Ismail Putera 29hb April 1993 di Ketereh Kelantan oleh Dato’ Anwar Musa . Ini lagi memalukan, apakah ini bukan derhaka atau kurang ajar namanya?.

12.Kenyataan biadab Shahidan Kasim bekas MB Perlis mengatakan “ Sultan Kelantan sekarang tidak layak menduduki takta dia ada bukti” (BH 11hb Jun 1993.)

13.Dato’ Mohd Taib kata Nizar derhaka, Dia lupakah yang dia bawa lari Ku Yah (puteri Sultan Selangor kahwin lari sampai Sultan murka). Apakah ini bukan derhaka?.

14. 23 daripada 24 ADUN Terengganu ugut boikot angkat sumpahDato’ Mohd Said selepas pilihanraya 2008. Mereka buat kenyataan terbuka menyanggah pihak istana dan mahu Idris Jusuh juga jadi MB Terengganu. Manakala penyokong Umno pula mengatakan sultan binatang. Kenapa polis tidak tangkap mereka yang demo dan hina sultan. Apakah pihak polis buta sampai tidak tahu siapa yang pegang kain rentang yang menghina sultan sebagai binatang. Kenapa polis boleh tangkap mereka yang demo di depan istana Kuala Kangsar 6hb Feb 2009.

15. Shahidan Kasim boikot perlantikan Dr Isa Sabu sebagai MB Perlis , bukankah ini derhaka namanya.

Dan banyak lagi...


HIPOKRIT!!!


p/s: Mahathir Bapa Segala Hipokrit Malaysia

Monday, June 28, 2010

doa untuk Mahathir...


Ya Allah..
Engkau laknat lah Mahathir sebagai mana Engkau melaknat Kamal Attartruk dan Firaun
Engkau laknat lah kerana dia melakukan:

hina agama-Mu
hina Rasulullah-Mu S.A.W.
meruntuhkan Institusi Raja dan Islam Malaysia

merompak harta rakyat Malaysia

menzalimi manusia

berdusta kepada manusia

menfitnah manusia

menggunakan jawatan untuk kepentingan diri dan rakan-rakannya

memunggah kekayaan demi kepentingan diri dan anak pinak


Engkau berilah pembalasan yang setimpal dengan perbuatan yang dia lakukan
amin...



p/s: UMNO Cheras nak namekan jalan sempena Mahathir...aku jwb...jalan masuk neraka laaa Mahathir oooiii...

kenapa England kalah?



p/s: kalo da men style Liverpool tuuu..loser cm Liverpool gk kn...

Tuesday, June 22, 2010

Kau pergi jua...

Nukilan: Hishamuddin Rais (http://tukartiub.blogspot.com/)
sempena robohan tembok Penjara Pudu berusia lebih 100 tahun...

MAKA MEREKA PUN SAMPILAH

maka tembok tembok a farmosa itu pun diruntuhkan
satu demi satu dindingnya diletupkan
tuan farquhar melihat betapa bahaya kota ini
maka tembok tenbok itu wajib dirobohkan
yang ditingglkan hanya pintu
untuk jadi ingatan kepada anak cucu

maka tembok itu pun akan dirobohkan
semenjak 1895 tegak berdiri
kini akan diruntuhkan pintu demi pintu
batu demi batu
satu demi satu

seribu tahun dari hari ini
anak kepada anak kepada anak kepada anak
kepada anak kepada anak kepada anak kepada akan
melihat bahawa kami yang berdiri dihadapan tembok ini
malam kelmarin ada sejarah

seribu tahun dari hari ini
maka anak kepada anak kepada anak kepada
anak kepada anak kepada anakan kepada anak
akan menangis hingga keluar air mata darah
maka menangislah mereka beramai ramai
hingga lahir intan dan berlian
dari cucuran air mata

menangisi jejak sejarah
waktu dan sejarah yang tidak akan berulang
detik detik yang pergi
tembok tembok yang dihancurkan
hanyalah debu debu ingatan yang akan pudar

apabila tembok ini mula retak
zeus di kayangan bersama dewa dan dewi
melihat betapa angkuh dan bodohnya manusia
yang tidak mengetahui jalan cerita
yang tidak mengetahui makna sejarah bangsa
yang tidak mengethaui bahawa tembok itu adalah paku negara

malam kelmarin kami mendongak keatas langit
demi zeus
agar roh roh yang terkorban dalam tembok ini
akan tenteram dan selasa berkeliaran
bersama angin subuh sejuk dan menyegarkan

berapa ramai yang telah gugur
ketika tembok tembok ini dibuat
berapa ramai yang tewas di gantung penjajah
berapa ramai nasionalis gugur saheed menuntut merdeka
berapa ramai gelandangan miskin digantung tanpa peguam

untuk mereka buta sejarah
untuk mereka yang tidak tahu menilai erti bangsa
untuk mereka yang tidak tahu melihat tanda dan makna
untuk mereka yang mata hanya melihat emas dan tinta
demi zeus seribu tahun dari hari ini
anak kepada anak kepada anak kepada anak kepada anak kepada anak mereka
akan menangis dan menyumpah betapa bebal ibu ayah keturunan mereka

demi zeus seribu tahun dari hari ini
kami tahu
kami yang berkumpul malam kelmarin di tembok itu
adalah sejarah yang tidak akan berulang lagi.

esok ketika kau buka mata
semua nya telah pergi
semuanya telah terlambat

dunia ini musnah bukan kerana
ramai orang jahat
tetapi kerana ramai orang baik
tidak mahu melakukan apa apa

seribu tahun dari hari ini
yang kau lihat nanti hanyalah gambar
dan puisi ini


p/s: kerajaan Amerika simpan penjara Alcatraz utk khazanah...kerajaan 1Malaysia simpan Bik Mama supaye Najib ley nyonyot tetek buntal die....

Tuesday, June 15, 2010

Perginya Mereka....




hari ini aku sayu mengenang pemergian

Ustaz Hassan Shukri
(tba - 14 Jun 2010)

Tuan Guru Nik Aziz pun menangisi pemergian Allahyarham...

Solat jenazah diimami oleh Presiden Pas, Tuan Guru Hadi Awang



dan juga pemergian mereka-mereka sebelum ini:


Ustaz Fadzil Noor
(13 Mac 1937 - 23 Jun 2002)





Al-Fadhil Ishak Baharom
(1 Januari 1928 - 30 Januari 2008)



Semoga Mereka ditempatkan bersama pejuang-pejuang Islam dan orang-orang Soleh yang telah pergi...

Amin...

Monday, June 14, 2010

Sibuk Sebentar



kelapangan untuk menulis blog ini tergendala gara-gara hujung minggu yang sibuk. aku telah melancongkan diri ke selatan Malaysia kerana cuti sekolah dan saudara-mara aku mengadakan majlis perkahwinan. ke Melaka dan ke Johor aku melancong dan aku dapat makan banyak..hahahha..

k la 2 minggu ni bakal kritikal dek penangan laporan LI dan presentation LI yang akan dijadualkan minggu depan. dan aku buntu hendak melaporkan apa didalam laporan aku...

pagi ini pun sudah lewat ke pejabat gara-gara menonton Piala Dunia 2010 antara Jerman dan Australia. keempat-empat gol yang dijaringkan oleh Podolski, Klose, Muller dan Cacau aku berjaya saksikan dan aku tidur selepas itu. nasib baik itu saja gol yang ada. Jerman 4-0 Australia. dan sekarang aku mengantuk sesangat. mungkin tidur sebentar lagi.

Salam...


p/s: 26 Jun ini aku ke Muar, Johor lagi...Tok Lon aku buat majlis untuk anak dia..

Monday, June 7, 2010

Rapidshare [RS] atau lain-lain FileHosting Secara Percuma



Hari ini aku ingin berkongsi apa yang aku belajar dari orang lain

Hari ini aku nak ajar bagaimana nak memuat turun file menggunakan filehosting seperti

-Rapidshare

-Megaupload
-File Factory

-Hotfile


dan lain-lain secara PERCUMA.

Langkah-langkah:

Search di engine search, taip perkataan JDownloader.Download aplikasi JDownloader.


Setelah habis install JDownloader, open aplikasi ini.

Bagi memuat turun sesuatu file, anda hendaklah menekan icon seperti pada rajah dibawah bagi membolehkan file yang di-copy dari website di-copy kedalam aplikasi JDownloader ini.


Setelah menekan icon tersebut, kita membuka engine search untuk mencari link-link filehosting untuk di downloadkan.


Sebagai contoh, anda mahu mendownload filem 'Santau', anda hanya perlu taip dan mencari link-link menggunakan search engine.



Copy atau highlightkan link-link dan secara otomatik link-link tersebut di-copy kedalam JDownloader.



Aku menyarankan anda semua mendaftar pada satu web forum ini, iaitu: http://www.warez-bb.org/, ini kerana anda boleh mencari pelbagai link-link filehosting pada forum ini.


Sebagai contoh, anda ingin mendownload 'Glee', just klik pada search, dan pada page search taip 'Glee' dan klik button search dan senarai topic akan muncul.



Klik pada topik dan copy atau highlight link tersebut dan secara otomatik link-link akan masuk kedalam JDownloader(sila rujuk rajak bawah no 7)



Aku ingin mengingatkan bahawa jika internet anda terputus ketika mendownload, file yang sedang didownload itu akan memulakan balik dari awal dan inilah KELEMAHAN download secara PERCUMA.

Bagi pengguna tegar seperti aku, aku tidak kedekut untuk membeli akaun berbayar seperti Rapidshare Premium User. Hanya RM **.00 sebulan atau lain-lain. Jika mahu akaun sila contact aku (p/s: aku bukan dealer tapi aku boleh dapatkan akaun untuk anda)

Antara benda-benda yang aku sudah download:

  1. Supreme Commander 2 (7gb)
  2. Assassin Creed 2 (8b)
  3. Bioshock 2 (7gb)
  4. Command & Conquer 4: Tiberium Twillight (8gb)
  5. Mass Effect 2 (14gb)
  6. 24 Season 8
  7. House MD Season 6
  8. The Pacific (Episode 1-10)
  9. According To Jim Season 6-8
  10. Solomon Kane DVDRip
  11. Avatar DVDRip
  12. Alice in The Wonderland DVDRip
  13. Tooth Fairy DVDRip
  14. Dan Lain-lain

OK la, aku harap entry ini membantu anda semua untuk terus mendownload barangan cetak rompak secara percuma.

Majulah Cetak Rompak untuk Malaysia!!!



p/s: kalo sesape nak gune account aku boleh aje.. BOLEH BELAH!!!

Wednesday, June 2, 2010

mari bace sejenak...ringkas je...


1. kes liwat II

kes liwat Anwar Ibrahim bagi aku merupakan satu kes yang tidak masuk akal. semalam pasukan Anwar meminta untuk dibawa melawat komdominium. namun ia menjadi pelik kerana pasukan Anwar dibawa ke unit lain dan bukan unit tempat lokasi kononnya Anwar diliwat. apakah yang berlaku? pasukan Anwar juga sebelum ini meminta senarai saksi dan bukti. namun kesemuanya ditolak hakim. nampak sangat perbicaraan ini berat sebelah. jika anda masih mempercayai kes ini sebagai benar, anda BODOH saya katakan dan saya TIDAK menyesal mengatakan anda BODOH. laporan kesihatan juga menunjukkan bukti bahawa Saiful Bukhari TIDAK diliwat. sekali lagi saya mengatakan anda BANGANG jikan mempercayai kes ini.

2. rombakan kabinet

Najib membuat rombakan kabinet dimana Ong Tee Keat dibuang dari Menteri Pengankutan. Lebih ramai senator di lantik dalam jawatan menteri. PR menganggap Najib tidak menghormati pengundi kerana tidak meletakkan wakil yang dipilih rakyat kedalam barisan kabinetnya.

3. israel tawan, tembak dan lepas

terkejut dengan berita israel laknatullah menggempur sekumpulan kapal yang membawa aktivis pro-Palestin. komando rejim telah menawan dan menembak beberapa orang aktivis meggunakan peluru hidup. dan beberapa aktivis mati. ter dapat juga rakyat Malaysia yang ditawan dan kemudiannya dibebaskan. nasib yang lain pula aku tak tau.

4. judi bola

terdapat bantahan menyeluruh dari seluruh negara berhubung isu judi bola ni. aku melihat ini satu perkembangan positif lebih-lebih lagi dalam membenteras jenayah yang kian meningkit. impak negatif judi ini sangat menyuluruh dan hanya membawa kemudaratan yang lebih dalam membawa kepada gejala pergaduhan, rompak, curi dan bunuh. negeri Selangor dan Pulau Pinang telah mengorak langkah dalam membasmi sukan judi dengan mengharamkan sukan judi dan telah dikuat kuasakan. namun ia tidak mungkin akan dilaksanakan kepada negeri-negeri pemerintahan rejim BN kerana ia merupakan sumber ekonomi utama dan tidak hairan lah Menteri Kewangan II, Awang Adek sendiri yang menghalalkan judi ni. dan ulama-ulama UMNO seperti mufti Perak, Harussani, diam membisu dalam hal ini. tidak lupa juga kepada jaguh-jaguh Melayu seperti Perkasa, GPMS dan lain-lain diam membisu dalam hal ini kerana ini merupakan dari pemerintah mereka sendiri.

5. pegawai PTD mati

aku juga terkejut dengan berita kematian pegawai wanita kerajaan PTD(pegawai tadbir diplomatik) yang mati akibat menjalani latihan kem ala komando. disini aku mempersoalkan mengapa seorang pegawai lebih-lebih lagi wanita perlu menjalani latihan ala komando ini. dalam latihan ini diberitakan mereka terpaksa meminum air stokin yang direndam lumpur. wajarkah modul ini dilakukan terhadap pegawai yang bukan tentera? kini kematian berlaku. nyawa yang tidak berdosa melayang. apa tindakan kerajaan dalam hal ini? kerajaan masih lagi tidak mengeluarkan kenyataan rasmi dalam hal ini. atau pun kerajaan tutup mulut sahaja?

6. selepas APCO, kini NESS

selepas dikritik menggunakan ejen yahudi APCO sebagai perunding imej, kini terbongkar bahawa sistem perisian negara menggunakan satu lagi ejen israel yahudi laknatullah iaitu NESS, sebuah syarikat teknologi perisian yang telah beroperasi dalam Cyberjaya. anda boleh melayari sendiri website syarikat ini:

http://www.ness.com/Global/Company/locations/Pages/Location.aspx

syarikat ini beralamat:

A-G-13 SME Technopreneur Centre
Cyberjaya
2270 Jalan Usahawan 2,
63000 Cyberjaya
Selangor Darul Ehsan

ini terbukti kerajaan telah membawa masuk yahudi Israel secara rasmi dan bukan lagi sorok-sorok. sanggupkah kita bersekongkol dalam hal ini?


Tuesday, June 1, 2010

2009/2010 NBA Playoff - NBA: The Finals




*Perhatian: Sila klik pada gambar untuk paparan lebih jelas*

Musim NBA 2009/2010 sudah sampai ke kemuncak. The Final atau perlawanan akhir NBA akan berlangsung bermula Jumaat ini(waktu Malaysia). Pemenang perlawanan NBA: The Finals akan meraih trofi:

(Larry O'Brien Champioanship Trophy)

Secara umumnya sebanyak 30 pasukan berentap pada Regular Season, dimana setiap pasukan akan bermain 82 perlawanan.

30 pasukan terbahagian kepada 2 bahagian atau Conference iaitu:

East Conference dan West Conference.

Setiap Conference pula terbahagia kepada 3 Division:

Eastern Conference:
  1. Atlantic
  2. Central
  3. Southeast
Western Conference:
  1. Northwest
  2. Pacific
  3. Southwest

Dan keputusan akhir Regular Season selepas tamat kesemua pasukan bermain 82 perlawanan yang tamat pada 14 Arpil 2010 adalah seperti berikut:

Eastern Conference:


Western Conference:


Hanya 8 pasukan setiap Conference yang layak ke NBA Playoff:
  1. 3 pasukan juara setiap Division untuk setiap Conference.
  2. 5 pasukan terbaik selain juara Division untuk setiap Conference.

NBA Playoff merangkumi 16 pasukan; masing-masing 8 pasukan dari setiap Conference. Dalam NBA Playoff, setiap pasukan akan bermain 7 perlawanan(paling maksimum), dimana pasukan yang berjaya memenangi 4 perlawanan dari 7 perlawanan akan layak kepusingan seterusnya.

Berikut adalah keputusan pusingan pertama NBA Playoff:



Berikut pula keputusan NBA Conference Semi Finals:



Berikut adalah 2009/2010 NBA Conference Finals:


Dan tiba masa kemuncak 2009/2010 NBA: The Finals:


Berikut adalah jadual penuh perlawanan 2009/2010 NBA: The Finals antara:

Boston Celtics vs Los Angeles Lakers
  1. Boston Celtics@LA Lakers(4 Jun 2010, Jumaat 9am)
  2. Boston Celtics@LA Lakers(7 Jun 2010, Isnin 8am)
  3. LA Lakers@Boston Celtics(9 Jun 2010, Rabu 9am)
  4. LA Lakers@Boston Celtics(11 Jun 2010, Jumaat 9am)
  5. LA Lakers@Boston Celtics(14 Jun 2010, Isnin 9am)*
  6. Boston Celtics@LA Lakers(16 Jun 2010, Rabu 9am)*
  7. Boston Celtics@LA Lakers(18 Jun 2010, Jumaat 9am)*
(* bermaksud jika diperlukan)
(Semua perlawanan dinyata dalam waktu Malaysia, LIVE dari Astro)

Secara gambaran jelas ini laluan pasukan dalam NBA Playoff:



Semua sumber adalah dari www.nba.com dan wikipedia.



p/s: NBA actually lg best dr bola sepak :)