Wednesday, June 2, 2010

mari bace sejenak...ringkas je...


1. kes liwat II

kes liwat Anwar Ibrahim bagi aku merupakan satu kes yang tidak masuk akal. semalam pasukan Anwar meminta untuk dibawa melawat komdominium. namun ia menjadi pelik kerana pasukan Anwar dibawa ke unit lain dan bukan unit tempat lokasi kononnya Anwar diliwat. apakah yang berlaku? pasukan Anwar juga sebelum ini meminta senarai saksi dan bukti. namun kesemuanya ditolak hakim. nampak sangat perbicaraan ini berat sebelah. jika anda masih mempercayai kes ini sebagai benar, anda BODOH saya katakan dan saya TIDAK menyesal mengatakan anda BODOH. laporan kesihatan juga menunjukkan bukti bahawa Saiful Bukhari TIDAK diliwat. sekali lagi saya mengatakan anda BANGANG jikan mempercayai kes ini.

2. rombakan kabinet

Najib membuat rombakan kabinet dimana Ong Tee Keat dibuang dari Menteri Pengankutan. Lebih ramai senator di lantik dalam jawatan menteri. PR menganggap Najib tidak menghormati pengundi kerana tidak meletakkan wakil yang dipilih rakyat kedalam barisan kabinetnya.

3. israel tawan, tembak dan lepas

terkejut dengan berita israel laknatullah menggempur sekumpulan kapal yang membawa aktivis pro-Palestin. komando rejim telah menawan dan menembak beberapa orang aktivis meggunakan peluru hidup. dan beberapa aktivis mati. ter dapat juga rakyat Malaysia yang ditawan dan kemudiannya dibebaskan. nasib yang lain pula aku tak tau.

4. judi bola

terdapat bantahan menyeluruh dari seluruh negara berhubung isu judi bola ni. aku melihat ini satu perkembangan positif lebih-lebih lagi dalam membenteras jenayah yang kian meningkit. impak negatif judi ini sangat menyuluruh dan hanya membawa kemudaratan yang lebih dalam membawa kepada gejala pergaduhan, rompak, curi dan bunuh. negeri Selangor dan Pulau Pinang telah mengorak langkah dalam membasmi sukan judi dengan mengharamkan sukan judi dan telah dikuat kuasakan. namun ia tidak mungkin akan dilaksanakan kepada negeri-negeri pemerintahan rejim BN kerana ia merupakan sumber ekonomi utama dan tidak hairan lah Menteri Kewangan II, Awang Adek sendiri yang menghalalkan judi ni. dan ulama-ulama UMNO seperti mufti Perak, Harussani, diam membisu dalam hal ini. tidak lupa juga kepada jaguh-jaguh Melayu seperti Perkasa, GPMS dan lain-lain diam membisu dalam hal ini kerana ini merupakan dari pemerintah mereka sendiri.

5. pegawai PTD mati

aku juga terkejut dengan berita kematian pegawai wanita kerajaan PTD(pegawai tadbir diplomatik) yang mati akibat menjalani latihan kem ala komando. disini aku mempersoalkan mengapa seorang pegawai lebih-lebih lagi wanita perlu menjalani latihan ala komando ini. dalam latihan ini diberitakan mereka terpaksa meminum air stokin yang direndam lumpur. wajarkah modul ini dilakukan terhadap pegawai yang bukan tentera? kini kematian berlaku. nyawa yang tidak berdosa melayang. apa tindakan kerajaan dalam hal ini? kerajaan masih lagi tidak mengeluarkan kenyataan rasmi dalam hal ini. atau pun kerajaan tutup mulut sahaja?

6. selepas APCO, kini NESS

selepas dikritik menggunakan ejen yahudi APCO sebagai perunding imej, kini terbongkar bahawa sistem perisian negara menggunakan satu lagi ejen israel yahudi laknatullah iaitu NESS, sebuah syarikat teknologi perisian yang telah beroperasi dalam Cyberjaya. anda boleh melayari sendiri website syarikat ini:

http://www.ness.com/Global/Company/locations/Pages/Location.aspx

syarikat ini beralamat:

A-G-13 SME Technopreneur Centre
Cyberjaya
2270 Jalan Usahawan 2,
63000 Cyberjaya
Selangor Darul Ehsan

ini terbukti kerajaan telah membawa masuk yahudi Israel secara rasmi dan bukan lagi sorok-sorok. sanggupkah kita bersekongkol dalam hal ini?


No comments:

Post a Comment