Thursday, July 29, 2010

Jangan Halang Perjalanan Ini


JANGAN HALANG PERJALAN INI

Jangan halang perjalanan ini
kerana aku mlangkah dengan hati
sehingga musuh kalah
atau aku rebah
tidak akan mengalah.

Perjalanan ini perjuangan rakyat
nadinya rakyat
darahnya rakyat
uratnya rakyat
jiwanya rakyat
tubuh badannya rakyat
semuanya bergerak
itulah rakyat
untuk rakyat.

Jalan halang perjalanan ini
kerana langkahnya
tiada pernah terhenti
di titian rebah
atau di batasan gundah.

Perjalanan ini perjuangan rakyat
tangkalnya
suara rakyat suara keramat.

Perjalanan ini perjuangan keadilan
ketuanan rakyat didaulatkan
dengan laongan tiada henti-henti
Reformasi! Reformasi! Reformasi !!! .....

L.Mankadir Shamsi
27 Mei 2010
(Jumaat)




p/s: sayu mengenang Reformasi 1998 dan 1999


No comments:

Post a Comment