Hujung minggu aku telah dipenuhi dengan hangout rakan2 dan seriously aku amat PENAT!.
Jumaat:
Bermula pada hari Jumaat Malam, kami ( Arep, Bella, Topek, Adik Aku, Hafriz, Wawa) telah menonton wayang, MAGIKA. Magika (Rating: 2.5/5) bg aku kureng menarik sbb:
-byk nyanyian
-Mawi kurg mantap
-ending tidak menarik
kemudian kami ke Dagang Avenue lepak2 sampai kol 3 pagi. Then jalan2 pusing KL cari port2 utk lepak pada mase akan datang. Bermula dari Dagang Avenue > Area2 Andalus > KLCC > Area2 Club Jalan Sultan Ismail (Still aku tak jumpe La Queen!) > Jalan TAR > Dataran Merdeka >Petaling Streets > Bndr Sri Permaisuri (Jumpe gk Q Bistro!) > Home.
Terima kasih kepada Topek krn menjadi driver kereta Mak aku :P
Sabtu:
Sepatutnya Sabtu ni aku keluar awal bersama2 rakan2. Tetapi disebabkan rakan2 itu buat hal terus aku mood PMS dan keluar petang tu je. Petang itu kami (Aku, Arep, Awek Arep, Bella, Sobrina, Mmbr Sobrina dan Zack) menonton satu lg cerita wayang, THE DEVIL. Bagi aku The Devil ini cerita unik dan aku suka. Dan movie bermoral: "kalo buat salah kepada seseorang, kita kne admit kesalahan itu kpd seseorang itu sebelum mati". Rating: 4/5. Kemudian kami (Bella, Zack, Hafriz) lepak2 di Dagang Avenue dari kol 9-1 pagi...Borak lame gler! then aku bwk Zack lak pusing2 KL mcm semalam. Terima kasih kepada Zack kerana menjadi driver aku :)
Ahad:
Ahad ni pagi2 da kene kejot ngn parent aku sbb rumah aku buat Open House. So aku bgun pagi sapu garage. arrange kerusi meja. meleraikan kuew teow dan mcm2 lagi. Bermula pukol 12 sehingga 6 petang. Aku melayan org, topup makanan, bersalam-salaman, bergelak ketawa bersama tetamu dan kerja paling best, dok kt singki dan basuh pe2 yang patot!..HAHA..
Pada jam 8 malam, aku dan Arep bertolak ke Open House rumah Teha dan Ayu. Perjalanan bermula: Rumah > Shah Alam(ambil Topek) > Subang (ambil Zack) > Sunway (Open House Rumah Teha) > Sunway Pyramid, AMP karaoke (Bersama-sama Arep, Topek, Zack, Teha, Ayu dan Adik Teha sehingga pukol 3 pagi!!!) > Subang (hantar Zack) > Shah Alam (hantar topek) > Rumah (Sampai kol 4.15 pagi).
Sampai Rumah aku kne marah ngn mama aku..sbb die xsuke aku balek lewat time esok keje. Im so sorry mama :( im promise tak buat lagi!
By da way: terima kasih rakan2 kerana menemani aku berujung minggu.ILYSM!!
2. Partizan Belgrade v Arsenal
Pasukan feveret aku, Arsenal mng mlm td..yeay..aku smpat tgk 1st half je...mase tu 1-1..aku trus tido sbb x konfiden ngn Arsenal..
Partizan 1-3 Arsenal
(Par: Cleo 33' Ars: Arshavin 15', Chamakh 71', Squillacci 82')
(Par: Cleo 33' Ars: Arshavin 15', Chamakh 71', Squillacci 82')
Naseb bek mng! :))
Lain2 result:
FC Basel 1 - 2 Bayern München
AS Roma 2 - 1 CFR 1907 Cluj
Chelsea 2 - 0 Olympique Marseille
AJ Auxerre 0 - 1 Real Madrid
Ajax 1 - 1 AC Milan
Sporting Braga 0 - 3 Shakhtar Donetsk
Spartak Moscow 3 - 0 MSK Zilina
3. Adun Galas kembali ke Rahmatullah dan Pilihanraya Kecil DUN Galas
Adun Galas, Allahyarham Che Hashim Sulaiman, kembali ke pangkuan Allah setelah mengidap penyakit barah usus pada 27 Sept 2010. Permergian Allahyarham akan membawa kepada sebuah pilihan raya kecil DUN Galas, Kelantan dalam masa 90 Hari...Allahyarham disolatkan oleh MB Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat berserta 3000 jemaah dan dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Kerinting, Gua Musang
Pilihanraya kecil DUN Galas nnt akan menyaksikan pertandingan sengit antara PR-PAS dan BN-Umno. dan kemungkinan puak2 PERKASAm Ibrahim Ali akn meletakkan calon meraka sebagai test market untuk PRU ke-13 nnt.
Aku Insyallah akan mengupdate loprana untuk PRK DUN Galas ini. Dan seperti biase sokongan aku kepada Pakatan Rakyat tidak akan putus! Insyallah sama2 ke Putrajaya nnt.
4. Isu Pemberian Wang Bantuan P.Pinang kepada Orang Miskin
Sebenarnya aku tergalak separuh nyawa bila Umno mempertikaikan pemberian wang bantuan dari sumber judi.HAHAHAHA..aku balas, abes selama ini duit-duit yang kita peroleh dari hasil titik peluh kita dari sumber halal ke? kerajaan selama ini peroleh sumber pendapatan dari sumber yang halal ke? industri judi yang tersergam indah kt Genting Highland tu pebende? cukai2 dari perjudian tu pebende?ADOIII laaaa..buat lawak la puak2 Umno ni..
Even Dr. Asri da bagi pendapat beliau.Even Dr Asri bgtau kt puak Umno ni supaya jangan bermain sentimen keagamaan dan perkauman serta jangan menakutkan org2 kampong!!
(Artikel Dr Asri tidak keluar kat media2 pro-BN):
Umno jangan takutkan orang kampung, kata Dr Asri5. Khazanah Tidak Ternilai
Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyeru Umno supaya tidak menakut-nakutkan warga Pulau Pinang dengan dakwaan kerajaan negeri menipu berhubung sumber kewangannya bagi membiayai program membantu golongan miskin termasuk untuk masyarakat Islam.
"Umno sepatutnya lebih ke hadapan dalam isu ini, bukannya bersikap jumud dan terkebelakang," katanya pensyarah agama di Universiti Sains Malaysia (USM) itu.
"Sudahlah mereka miskin, kita persalahkan mereka. Saya nak sebut kepada rayat Pulau Pinang tak payah susah hati. (Umno) janganlah nak takutkan orang kampung, jangan kata doa tak makbul atau (fikiran) sudah benak sebab makan dari sumber haram.
"Sekiranya semua transaksi bantuan dipersoalkan sumbernya, tidak ada lagi wang yang bukan daripada sumber haram. Setiap duit yang kita terima itu tentulah pernah digunakan untuk kegiatan lain.
"Apa yang jadi pertikaian bukanlah duit contohnya RM50 daripada hasil judi itu, tapi nilainya. Apabila diterima, nilainya adalah sumbangan daripada hasil judi, tapi bila ia disalurkan kepada orang miskin, nilainya adalah bantuan,"
Sebaliknya, Dr Mohd Asri berkata, perkara yang perlu dipertikaikan dalam isu pemberian bantuan orang miskin daripada hasil judi ialah promosi kepada syarikat judi yang menghulurkan sumbangan kepada kerajaan.
Katanya, keadaan itu boleh dilihat melalui liputan melalui media yang memperbesar-besarkan sumbangan yang diberikan oleh syarikat judi kepada kerajaan.
Cukai satu hukuman
"Kita tanggung dosa bila biarkan aktiviti judi atau lakukan tindakan seakan-akan memuliakan judi, sedangkan aktiviti seperti itu sepatutnya direndah-rendahkan.
"Promosi seperti itu juga seperti memberi galakan kepada perjudian. Saya pernah tengok (laporan) di majlis penyampaian sumbangan, ada ahli politik yang naik ke pentas terima cek besar daripada syarikat judi ini.
"Sepatutnya sumbangan ini diberikan senyap-senyap, tidak mengapa," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.
Tambahnya, cukai yang dikutip daripada syarikat judi sebagai hasil kerajaan juga tidak semestinya menerima nilai judi itu sendiri.
"Sedikit sebayak, cukai yang dikenakan ke atas syarikat itu juga adalah satu bentuk hukuman kepada mereka," katanya lagi.
Dr Mohd Asri juga berkata para ulama pula kini masih berbeza pandangan sama ada hasil daripada riba yang diperolehi kerajaan adalah halal atau haram.
"Setahu saya tidak ada. Pada masa saya (jadi mufti) tidak pernah ada mesyuarat (Majlis Fatwa Kebangsaan) untuk putuskan perkara ini," katanya lagi ketika ditanya.
Nabi terima hadiah Yahudi
Tambahnya, pandangan seperti yang dikemukakan ulama terkenal antarabangsa Dr Yusuf al-Qardhawi pula menyebut, hasil daripada riba seperti perjudian itu boleh digunakan untuk membantu orang miskin memandangkan nilai yang diberikan itu atas nama sumbangan.
"Bukannya ia diberikan atas nama hasil judi. Contohnya ada kawan hendak belanja kita kerana dia menang judi, tidak boleh kerana itu meraikan judi.
"Tapi kalau orang bukan Islam sekalipun belanja kita makan dan beri kita ang pau, tidak mengapa kerana dia hendak belanja," tambahnya.
Katanya lagi, Nabi Muhammad sendiri pernah menerima hadiah daripada orang Yahudi dan juga daripada pemerintah Rom.
"Buktinya, memang tidak salah jika hendak mengambil apa yang hak kita. Nabi mengambil hadiah daripada orang Yahudi walaupun nabi tahu orang Yahudi menjalankan kegiatan (ekonomi) riba dan pemerintah Rom terlibat dengan kezaliman," katanya.
Jelasnya, baginda tidak menerima nilai riba atau kezaliman tersebut tetapi nilai sumbangan berkenaan.
Sumber: Malaysiakini
Alhamdulilah, baru2 ni aku telah mendownload khazanah yang tidak ternilai harganya. Dan khazanah itu adalah:
- Hadith Riwayat Al-Bukhari
- Hadith Riwayat Muslim
- Al-Muattok Imam Malik
- Sunan Dawud
p/s: ujung minggu ni mahu enjoy lagi!
1 comment:
jgn blk lewat nt ader sesuatu d blakang kmu
gle kental ko menghabiskn minyak kn pusing atas jln
nt jumpa la queen roger2 k :D :D :D
Post a Comment