Tuesday, November 2, 2010

Kecewa dengan JPP PKR dan sudah tiba untuk Anwar BERUNDUR dari PKR



arini ini aku sebagai penyokong PKR melahirkan rasa kesal dan kecewa dengan proses Pemilihan PKR 2010. Apakah masih lagi terdapat tangan-tangan ghaib yang mengawal proses Pemilihan PKR 2010 ini? jika ini berlaku tiada bezalah PKR mengawal JPP ngn BN mengawal SPR. oh aku betul-betul kecewa. sebab itu aku mahukan Zaid Ibrahim dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden ini kerana beliau berjanji dan lantang dalam membawa perubahan PKR kelak.

Aku tidak mahu parti ini menjadi sebuah parti untuk 'orang-orang tertentu'. 'orang-orang tertentu' ini memang ingin mengusai PKR dengan proksi-proksi mereka sahaja. siapa yang menentang bakal jatuh sehingga jahanam. ini jelas berlaku bila siapa yang menentang Azmin Ali pasti terkubur masa depannya dalam PKR.

Azmin Ali seorang diktator! zalim! bossy! pergi jahanam la engkau Azmin Ali dengan orang-orang kau. aku menyeru kepada semua ahli PKR yang akan mengundi selepas ini, tolonglah tolong politik kotor PKR ini. tidak kemana PKR jika dikekalkan orang-orang macam Azmin Ali ini. beliau pun bukan seorang aktivis hebat pun. jarang sekali turun ke jalan raya bersama-sama rakyat melainkan menaiki sebuah kenderaan mewah ke sana sini dan kemudian di sambut seperti hero! HUH! Azmin Ali perosak PKR dan membudayakan PKR dengan budaya politik Umno.

keputusan flip-flop yang dikeluarkan JPP PKR semalam jelas sekali bukan satu 'kesilapan manusia' tetapi 'perancangan manusia' yang licik agar Zaid Ibrahim tidak memenangi pertandingan ini. aku yakin JPP dan 'orang-orang tertentu' akan membuat apa sahaja untuk menaikkan orang-orang mereka dalam Pemilihan PKR 2010 ini. adalah tidak masuk akal kesilapan data berlaku jika JPP menjalankan tugas dengan adil. bagaimana jika SPR buat kesilapan ini? Anwar, Azmin, Saifuddin dan siapa-siapa sahaja pasti BISING! sebelum kita menuding jari kepada orang lain, cermin dulu diri sendiri!

aku tahu ini pertama kali PKR membuat pemilihan secara langusng melibatkan ahli-ahli, tetapi mereka tidak belajar dari kesilapan Pemilihan peringkat cabag tempoh hari kah? aku rase Zaid Ibrahim sudah menyampaikan memo teguran kepada JPP PKR bagi membaiki kecacatan yang berlaku pada peringkat cabang. adakah kerana teguran itu bakal merugikan 'orang-orang tertentu', mereka tidak mengendahkan teguran itu?

jelas sekali berlaku kepincangan dalam Pemilihan PKR ini. JPP seperti takut dengan 'orang-orang tertentu' untuk berlaku adil. jika gejala ini tidak dibendung nescaya kepercayaan terhadap parti akan dipersoalkan sebahagian besar ahli-ahli PKR sendiri. biarlah ahli PKR sendiri memilih pemimpin mereka secara demokrasi. janganlah menafikan hak mereka dan mengkhianati meraka. kerana penyokong-penyokong PKR masih lagi setia dengan perjuangan PKR untuk Rakyat!

sindrom ABA (Asal Bukan Azmin) ini telah merebak dengan pantas, dan mendapat sokongan padu dari blogger-blogger PKR seperti ureka.asia, Sharpshooter dan sebagainya. sokongan kepada Zaid juga bertambah secara nyata nya kerana sindrom ABA. walaupun blogger dan aktivis PKR kegemaranku, Tukar Tiub a.k.a. Hishamuddin Rais menyokong Azmin, tetapi tidak bermakna aku menyokong pandangan beliau kali ini. aku akan menyebarkan sindrom ABA ini sehingga habis Pemilihan PKR ini.

dan akhir sekali, aku rasa sudah masa bagi Anwar Ibrahim mengundurkan diri dari politk PKR secara perlahan-lahan. bukan bermakna aku tidak menyokong beliau sebagai pencetus kebangkitan rakyat. tetapi Anwar Ibrahim perlu menumpukan kepada masalah peribadi beliau dari masalah parti. biarlah orang lain yang lebih segar pemikiran dan perjuangannya menambil alih PKR. lagipun PKR ini parti untuk RAKYAT dan bukan untuk Anwar. kita pun tidak boleh selama-lamanya bergantung kepada kekuatan Anwar kerana Anwar sudah berusia dan semangat beliau tidak lagi seperti zaman Reformasi dan Tsunami 2008



ikhlas dari penyokong PKR,
akubloggerjalanan


p/s: optimis lagi dengan perjuangan PKR untuk Rakyat!

No comments:

Post a Comment