Tepat pukul 3.00 pagi, aku dikejutkan dengan dengan satu post pada news feed di Facebook. Post itu dari Zaid Ibrahim bertajuk 'Withdrawal from Deputy PResident contest..'. saat aku membaca post itu aku berasa patah hati dan tidak semangat untuk berjuang dalam PKR lagi. walaupun aku bukanlah seorang ahli PKR yang rasmi, tetapi at least aku berjuang secara kecil-kecilan untuk orang-orang sekitar aku.
pada 1998, aku ingat lagi masa aku darjah 4, aku telah berjinak-jinak dalam politik Malaysia. saat penangkapan Anwar Ibrahim sehingga lah sekarang, aku setia bersama Parti Keadilan Nasional & Parti Keadilan Rakyat serta rakan-rakan komponen DAP dan PAS sebagai sebuah alternatif bagi rakyat kepada BN. 3 pilihanraya sudah aku berkempen secara kecikl-kecilan sebab aku masih lagi ada komitmen lain iaitu 1999, 2004 dan 2008.
pada 1999, aku berasa bangga bila Barisan Alternatif berjaya merampas beberapa buah kerusi dengan melihat kejayaan PAS menjadi ketua pembangkang yang kuat dibawah pimpinan Allahyarham Fadzil Noor dan Ustaz Abdul Hadi Awangn selepas pemergian Arwah. PAS menguasai Terangganu dan Kelantan. Itu satu kejutan yang tidak disangka oleh aku. aku bersyukur pada saat itu.
pada 2004, satu zaman baru BN dibawah pimpinan Abdullah Badawi berjaya memenangi pilihanraya dengan majoriti yang besar dimana Terengganu dirampas kembali dan Kelantan pula hampir-hampir tewas dengan majoriti tipis. PKR pula hanya memenangi 1 kerusi Parlimen sahaja di kubu kuat PKR, Permatang Pauh. itu pun dengan majoriti yang tipis. tatkala itu, aku berasa sedih yang teramat kerana pakatan pembangkang dilihat terlalu rapuh kerana tiada kerjasama yang erat seperti tahun 1999, dimana PAS dan DAP tidak sehaluan.
pada 2008, merupakan satu zaman kegemilangan PKR, PAS dan DAP dimana Anwar Ibrahim telah di bebaskan dan mula berkempen secara rasmi untuk PKR dan rakan-rakan lain. aku ingat lagi detik-detik kempen untuk pilihanraya 2008, aku memuat turun video-video ceramah Anwar dan membaca berita di dunia siber, semangat pengbangkang sangat hebat dalam kempen pilihanraya itu. aku tidak sesekali menafikan X FACTOR oleh Anwar Ibrahim telah membawa kepada kejaraan manis untuk pakatan PKR-DAP-PAS menafikan majoriti 2/3 BN dan menguasai negeri Selangor, Perak (sebelum dirampas oleh BN), Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan serta menguasai 9 dari 10 kerusi Parlimen Kuala Lumpur. saat itu merupakan satu pembebasan untuk rakyat marhaen yang lama berjuang menumbangkan keraajan BN. aku berasa bangga! aku sanggup balik ke KL semata-mata untuk menikmati suasana pilihanraya 2008 ini. di jalan jangan cakaplah, penuh anak-anak muda menaiki motot dan kereta mengibarkan bendera PKR dan PAS. aku berasa sangat-sangat bersyukur! semangat yang ditunjukkan pada pilihanraya ini. meraikan kemenangan dengan rasa kesyukuran yang amat.
namun pada hari ini, dalam PKR, sebuah parti yang bercakap soal demokrasi dan keadilan tiba-tiba menjadi sebuah parti ala-Umno. apa guna sekiranya Pemilihan PKR 2010 yang berlangsung sekarang ini hanya dibuat untuk memenangkan satu pihak walhal yagn lain hanya sekadar bertanding untuk meletakkan nama pada kertas undi padahal sudah ditentukan siapa pemenangnya. itu lah yang berlaku dalam PKR hari ini. kita sering mengutuk dan mencaci Suruhanraya Pilihan Raya (SPR) sebagai anjing BN kerana kepincangan dan berat sebelah berlaku semasa pilihanraya, namun apa beza nya dengan Pemilihan PKR 2010 yang berlangsung sekarang ini. sama! tiada beza. pembelian undi berlaku. undi telefon berlaku(1) arahan orang atasan dalam memaksa memilih calon mereka. penambahbaikan proses pemilihan yang tidak diendahkan. ugut-mengugut berlaku. penafian hak calon lain dalam berkempen sempena Pemilihan PKR 2010. semua itu jelas bentuk-bentuk penyelewengan yang berlaku dalam Pemilihan PKR 2010 kali ini. apa guna kita menuduh SPR macam-macam padahal PKR sendiri sama sahaja dengan SPR bahkan lebih teruk kerana PKR sendiri tidak mahu membaiki kekurangan ini.
bagi aku pengunduran Zaid dari pertandingan ini sangat tepat kerana apa perlunya memasuki pertandingan yang ternyata prosesnya sangat jijik dan jelas kelihatan kebrobrokan nya.(2) Zaid awal-awal lagi sudah menghantar surat atau memo berhubung penambahbaikan proses untuk Pemilihan PKR 2010 ini tetapi tidak diendahkan. apa lah salahnya jika Pemilihan ini dibuat dengan adil sekiranya Azmin Ali yakin beliau mendapat sokongan hebat dari akar umbi. hanya yang tidak yakin sahaja yang melakukan taktik keji ini.(3)
jika PKR tidak membaiki masalah ini, tidak mustahil PKR akan menjadi sebuah parti mee segera dan akan bungkus satu hari nanti. masalah ini juga akan memperlihat rasa kurang senang rakan-rakan PR, PAS dan DAP kerana PKR dilihat sebuah parti yang lemah dan parti untuk orang tertentu sahaja. dan lebih malang PKR akan ditinggalkan penyokong-penyokong yang selama ini memberi sokongan padu kepada parti sehingga PKR memenangi banyak kerusi dalam Pilihanraya lepas.
aku mahu PKR dan rakan-rakan lain menjadi kerajaan pada masa akan datang. aku sudah tidak larat melihat kerakusan pemerintan sekarang memakan duti rakyat, tidak menjaga ekonomi dengan baik, memainkan sentimen perkauman, amalan korupsi yang nyata dan berleluasa. tetapi kalau PKR sendiri lemah dan tidak adil dalam perkara-perkara kecil, macam mana rakyat ingin memberi sokongan pada PKR?
suka aku ingin menyatakan bahawa sudah tiba masa Anwar Ibrahim dan Azmin Ali berundur dari PKR demi menaikkan semula PKR di hati rakyat Malaysia. sudah masa PKR diberi kepada orang yang lebih layak dan orang yang mengutamakan rakyat berbanding kepentingan peribadi mahupun kepentingan parti. sudah masa Anwar Ibrahim berehat dan fokus kepada masalah peribadi beliau kerana masalah peribadi beliau tidak harus dicampur adukkan dalam menifesto parti untuk memartabatkan rakyat Malaysia. Terima Kasih Anwar dan diharap anda berundur.
sumber:
p/s: hilang keyakinan pada PKR bukan bermaksud aku hilang keyakinan pada Pakatan Rakyat
No comments:
Post a Comment