Monday, January 17, 2011

Persamaan antara Crayon, Ana Raffali dan Normala Sudirman

i- Crayon


Filem pertama Malaysia yang berjaya ke Anugerah Academy atau Oscar pada tahun ini. Filem arahan dan tulisan Dean A. Burhanuddin ini berjaya memenangi hati juri Oscar walaupun tidak mendapat liputan meluas dari industri perfileman tanah air. Filem ini dilakonkan oleh Faisal Abdullah, Adibah Noor, Hon Kahoe, Joshry Adamme dan ramai lagi. Berikut adalah sipnosis filem ini:

Adam and Rafaat are roommates studying in a prestigious university in Singapore. Adam is an overachieving Malaysian ASEAN scholar while Rafaat is a Singaporean IT genius. Both are required to volunteer for a social program during their term holiday and they decide to be workers for a Malaysian orphanage. Off they go to the east coast of Malaysia where they meet Mak Engku (Adibah Noor), the caring and lovely matron of the orphanage. They meet Afiq, one of the most rambunctious and loveable orphans whose sense of adventure and zest for life which gives Adam and Rafaat a new appreciation for living. While there, they also meet other orphans and see that despite hardships and difficulties, they realise the true meaning of unconditional love and find purpose in helping them improve their lives. Their sense of security is threatened by unscrupulous land developers who will stop at nothing to obtain the orphanage land for their own nefarious purposes.
Nota kaki: 
Ingin sekali menonton filem ini kerana filem ini mempunyai kehebatan sebuah filem Oscar. Bukan mudah unutuk sesebuah filem untuk ke Oscar. Filem Puteri Gunung Ledang yang berbajet tinggi pun tidak layak ke Oscar.


ii- Ana Raffali


Pada minggu lepas Berita Harian telah menyenaraikan 5 finalis terpopular untuk Anugerah Bintang Popular 2011 (ABP 2011). Ana Raffali, yang memenangi AJL 2011 tempoh hari telah berjaya menambat hati pengundi pada peringkat awal dengan memperoleh 3 pencalonan dan terbanyak pada ABP 2011 kali ini. Ana Raffali menerima pencalonan 5 terpopular untuk Anugerah Penyanyi Wanita Popular, Anugerah Artis Wanita Baru Popular dan Anugerah Artis Berkumpulan Duo/Berkumpulan Popular bersama Altimet dan Suhaimi Meor Hassan.

Nota Kaki:
Bagi aku kemenangan pada AJL 2011 minggu lepas bakal mempopularkan lagi nama Ana Raffali dan aku memberi sokongan padu kepada Ana Raffali untuk memenangi anugerah kali ini. Aku benci Yuna dan Stacy. Hahaha. Laman Rasmi ABP 2010: http://abpbh.com.my/

iii- Normala Sudirman

Dari kiri: Wan Azizah(Presiden PKR), Chong Eng(Ketua Wanita DAP), Normala Sudirman (calon PAS DUN Tenang) dan Ustazah Nuridah Salleh( Ketua Dewan Muslimat PAS)

Semalam telah berakhir teka-teki siapa yang menjadi calon untuk mewakili PR-PAS pada pilihanraya kecil DUN Tenang. Normala Sudirman, bekas guru telah dipilih untuk mewakili PAS pada PRK kali ini. Beliau merupakan Ketua Muslimat PAS Labis. Pengumuman semalam diumumkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan dihadiri lebih 1000 penyokong dan pemimpin-pemimpin PR lain seperti Datuk Seri Wan Azizah, Lim Kit Siang, Nuridah Salleh, Datuk Mustapa Ali dan lain-lain. Penamaan calon bagi PRK Dun Tenang adalah pada 22 Januari 2011 dan proses pembuangan undi pada 30 Januari 2011.

Nota Kaki:
Para petugas, blogger, pemimpin dan penyokong serta pendukung PR harus bekerja kuat dan ikhlas dalam memastikan calon PR ini memenangi PRK DUN Tenang kali ini. Bertarung di kubu kuat BN bukan lah satu perkara mudah tetapi kita mempunyai kekuatan untuk memenangi kerusi itu. InsyaAllah.


Apakah PERSAMAAN mereka?
Mereka akan BERJAYA dalam bidang masing-masing :)

No comments:

Post a Comment