Dari Harakahdaily.net:
KUALA LUMPUR, 10 Feb: Perhimpunan besar-besaran bagi gelombang kebangkitan PAS Ganti Umno di Terengganu bagi kali kedua dijangka akan diadakan 5 Mac depan.
Jika tidak diadakan pada tarikh itu pun, perhimpunan bagi kali kedua itu tetap akan diadakan pada bulan Mac depan dan tempatnya telah ditentukan di daerah Besut.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menjelaskan, perhimpunan tersebut dijangka akan mendapat sambutan hangat bukan sahaja dari kalangan penduduk Besut, tetapi juga seluruh penduduk Terengganu.
Menurut beliau, jangkaan tersebut dibuat berdasarkan sambutan hangat oleh rakyat Terengganu terhadap perhimpunan PAS Ganti Umno bagi kali pertama di Kemaman bulan lalu sehingga disertai sekitar 40,000 orang.
Sekitar Himpunan 'PAS Ganti Umno' 15 Januari lepas
"Kedatangan sebanyak itu sedikit sebanyak bolehlah dikatakan sebagai bukti kemahuan rakyat Terengganu agar gelombang kebangkitan PAS Ganti Umno benar-benar menjadi kenyataan pada pilihanraya umum akan datang," katanya ketika ditemui di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini.
Ekoran itu, Umno Terengganu kini menjadi semakin cemas kerana kebangkitan gelombang itu di kalangan rakyat Terengganu sememangnya disedari oleh mereka sendiri.
"Perkara itu antara lain boleh dikesan dari kenyataan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said sendiri baru-baru ini yang mengingatkan para pemimpin Umno di Terengganu agar mencontohi sikap para pemimpin dan penyokong-penyokong PAS," katanya.
Kenyataan Ahmad Said itu, menurut beliau, merupakan kenyataan yang jelas lahir dari golongan orang yang terdesak kerana ia ternyata memberikan pujian kepada PAS.
"Kenyataan seperti itu tidak akan dikeluarkan jika Umno tidak berada dalam keadaan terdesak, tetapi untuk kepentingan Umno, ia terpaksa dinyatakan bagi memberikan ingatan kepada para pemimpin Umno di Terengganu sendiri supaya mengambil contoh yang baik dari PAS," tegasnya.
Umno di Terengganu kini berada dalam keadaan semakin genting ekoran perbalahan sesama sendiri di kalangan pemimpinnya sehingga ada yang sangguh menjatuhkan antara satu sama lain.
Keadaan itu amat berbeza dengan sikap para pemimpin dan penyokong-penyokong PAS yang bukan sahaja tidak berbalah sesama sendiri untuk merebut jawatan dan kekayaan, tetapi saling kuat memperkuatkan antara satu sama lain sehingga menjadikan PAS di Terengganu khususnya menjadi semakin kuat dari sehari ke sehari.
Dalam masa yang sama, Umno pula menjadi semakin lemah. Selain perbalahan sesama sendiri, mereka juga turut gagal memberikan tumpuan bagi kebajikan rakyat.
"Inilah antara punca yang menyebabkan rakyat Terengganu semakin hilang keyakinan kepada Umno sekarang dan berhasrat untuk memberikan amanah kepada PAS bagi menggantikan Umno.
"Perhimpunan kebangkitan PAS Ganti Umno pula sememangnya semakin mencemaskan Umno. Perhimpunan ini sememangnya memberikan kesan yang cukup baik kepada PAS dan ia akan diadakan secara berterusan di seluruh Terengganu sehingga pilihanraya umum akan datang.
"Kita bermula di Kemaman, lepas itu di Besut. Selepas itu, kita akan adakan pula di daerah-daerah lain nanti di seluruh Terengganu, insya Allah," tegas beliau.
Himpunan PAS Ganti Umno di Kemaman, 15 Januari 2011 |
Tatkala umno sibuk mengadakan kempen 'Gelombang Merah' di Kelantan, PAS Terengganu di ketuai Presiden PAS, Datuk Seri TG Abdul Hadi Awang terus menggempur Terengganu dengan kempen 'Himpuna PAS ganti Umno'. Setelah berjaya pada edisi kali pertama di Kemaman tempoh hari dengan himpunan sekitar 40,000 orang kebanyakan di kalangan kaum muda, PAS tidak pandang ke belakang lagi dengan mengadakan edisi kedua sebagai persediaan menarik lebih ramai golongan muda menyokong PAS bagi persediaan Pilihanraya Umum 13 yang bakal dilangsungkan tidak lama lagi.
![]() |
Anak Muda bersama PAS Terengganu |
Pada pendapat aku, pendekatan PAS yang berteras Islam telah menjadi 'resepi' terbaik serta faktor-faktor semasa seperti isu-isu melibatkan rakyat telah menarik minat pemuda-pemuda Terengganu kepada PAS.
Mungkin ramai blogger-blogger menyerang kepimpinan TG Hadi Awang yang dilihat lemah dan lebih cenderung kepada isu 'Kerajaan Perpaduan PAS-umno', namun itu merupakan sebuah tuduhan tidak berasas! TG Hadi Awang sering kali dipandang rendah oleh rakan-rakan PR sendiri. Ditambah lagi media-media dan blogger-blogger pro-umno memainkan isu 'Kerajaan Perpaduan PAS-umno' dengan TG Hadi Awang, semuanya tampak negatif pada TG Hadi Awang.
![]() |
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang |
Mari kita melihat bagaimana TG Hadi Awang menjaga PAS sejak pemergian arwah Fadzil Noor, PAS semakin kukuh! dan tiada seorang pun pemimpin PAS terlibat dengan skandal-skandal serta tiada yang melompat parti! kerana apa? kuncinya adalah ketegasan pemimpin. Jika tiada kepimpinan yang mantap mustahil prinsip-prinsip dapat diperkasakan.
Lihat juga sayap-sayap PAS yang lebih kepada membuat kerja berbanding menonjolkan diri atau dengan bahasa mudah 'mencari publisiti'. Ditambah lagi sayap PAS baru, Dewan Himpunan Penyokong PAS, PAS bertambah cemerlang di bawah TG Hadi Awang!
PAS dengan sayap-sayap hebat seperti Pemuda PAS, Muslimat PAS, Majlis Syura PAS dan Penyokong PAS terus unggul melakukan kerja untuk rakyat. Dengan kepimpinan di Kelantan, Kedah dan sebelum itu Perak, tidak mustahil Terengganu dan Perlis bakal menjadi milik PAS dan Paktan rakyat kelak :)
Kami mendukung Perjuangan Ulamak PAS, Nik Aziz dan Hadi Awang merevolusikan Malaysia!
No comments:
Post a Comment