Sila baca fakta ini sambil melihat masa hadapan. TOLONGLAH!
Samada anda masih bersekolah, seorang mahasiswa, seorang petani, seorang buruh kasar, seorang eksekutif, seorang majikan atau seorang pencen TOLONGLAH baca!
![]() |
Prof Abu Hassan Hasbullah |
Fakta ini diambil dari status FB Hassan Hayastani atau Abu Hassan Hasbullah, Pengasas Zetrum dan pensyarah UKM.
Beliau juga mengeluh:"Kos Rumah, Kos Kereta, Kos Barangan dan Perhidmatan yang terlalu mahal menjadikan bangsa ini BANGSA BERHUTANG SEHINGGA MATI - Akhir Nov 2010 hutang isi rumah mencecah RM577 bilion bersamaan 74% dari Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Daripada jumlah itu, RM118 bilion adalah pinjaman kereta, pinjaman perumahan (RM225 bilion) dan pinjaman peribadi (RM22 bilion) selain hutang kad kredit (RM200 bilion)"
"Tetapi malangnya adakah kita rakyat pernah berfikir untuk faham terhadap masadepan!"
Beliau juga berpandangan:
"Bersekutu buat perubahan!
Apakah peranan yang dimainkan oleh KEMENTERIAN KEWANGAN, BANK NEGARA, PARLIMEN, YANG BERHORMAT-YANG BERHORMAT, PARTI POLITIK dalam menyelesaikan krisis HUTANG SAMPAI MATI yang ditanggung oleh rakyat ini?
Tidak mungki...n sekali lagi disalahkan pada rakyat kerana secara mikro dan makronya krisis ini terjadi akibat kesilapan polisi maka kepada pembuat dasarlah krisis ini boleh diselesaikan.
Purata rakyat di negara ini berpendapatan RM500 - RM3000 sebulan, maka pendapatan ini perlu membayar hutang motosikal, kereta anggaran RM800-RM2000 sebulan, hutang rumah anggaran RM800-RM2000 sebulan, dan kenaikan petrol yang berterusan menyebabkan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan yang menyebabkan rakyat perlu berbelanja lebih lalu akhirnya jumlah pendapatan habis-labis lalu terpaksalah BERHUTANG!
Tidak ada kuasa yang boleh menyelesaikannya kecuali TRANSFORMASI, REFORMASI terhadap polisi ekonomi, politik dan sosial di peringkat pembuat polisi.
Mungkin tiba masanya CUKAI-CUKAI perlu diturunkan semaksimum yang boleh, dan penjimatan BELANJA PROJEK MEGA perlu dilakukan dengan segera.
Rakyat berhak untuk berfikir dan berkata-kata kerana yang berhutang sampai mati itu adalah rakyat!"
No comments:
Post a Comment