Wednesday, December 18, 2013

Kerajaan Selangor Akan Halang Kenaikkan Harga Tol

S'gor halang kenaikan tol 3 lebuh raya


Selangor akan menggunakan kedudukannya sebagai pemilik saham utama dalam tiga syarikat konsesi lebuh raya di negeri itu untuk menghentikan kenaikan tol yang dirancang.

Penasihat ekonomi Selangor Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, menteri besar setuju untuk mengeluarkan arahan kepada wakil kerajaan dalam syarikat konsesi untuk tidak menyokong kenaikan tol.

Ketiga-tiga lebuh raya itu, Lebuh Raya Shah Alam (Kesas), Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP) dan Lebuh Raya Sprint.

"Kami mahu berikan pesanan kepada kerajaan persekutuan, mereka boleh lakukan perkara sama dengan syarikat berkaitan kerajaan yang memiliki saham dalam syarikat konsesi lebuh raya," katanya.

- Malaysiakini

Nota:
- BN berjanji tidak akan menaikkan tol malah berjanji akan mengurangkan kadar tol secara berperingkat antara bandar dalam manifesto Pilihanraya 2013 yang lalu.

- Bagaimana hendak mempercayai kerajaan yang mungkir janji?
- Fikir-fikirkan lah :)

No comments:

Post a Comment