Friday, November 4, 2011

Salam Jumaat dan Salam Eid Adha

Selamat Hari Jumaat kepada semua manusia. InsyaAllah warga Malaysia akan bercuti mulai petang ini sehingga Isnin depan. Hari ini aku akan menonton filem Tower Heist pada jam 11 malam di Pavillion :)


Hari ini dan esok, warga kota akan mulai bergerak menuju ke kampung halaman bagi menyambut Eid Adha. Eid Adha atau Hari Raya Korban atau Hari Raya Haji adalah sambutan umat Islam memperingati kisah perintah Allah kepada Rasul Nya, Nabi Ibrahim as untuk mengorbankan Nabi Ismail. Kisah pengorbanan ini seharusnya diteladani oleh umat Islam agar kita berkorban seluruh harta dan nyawa dalam mengabdikan diri kepada Allah swt.

Hadith Rasulullah saw:

Daripada Zaid bin Arqam, dia berkata bahawa sesungguhnya suatu hari sahabat Rasulullah SAW bertanya: "Wahai Rasulullah, apakah yang ada pada korban itu?" Jawab Rasulullah: "Ia adalah sunnah bapa kamu, Ibrahim.". Mereka berkata: "Apa yang akan kami peroleh daripadanya wahai Rasulullah?" Rasulullah menjawab: "Bagi setiap helai rambut ada kebajikannya." Mereka berkata: "Bagaimana pula dengan bulunya wahai Rasulullah?" Rasulullah SAW menjawab: "Bagi setiap helai bulu ada kebajikannya."
(Riwayat Ahmad, Ibnu Majah dan Tirmizi)

Aku juga tidak ketinggalan untuk mengambil kesempatan pulang ke kampung halaman di Perak pada esok dan Ahad. Ahad akan pulang semula ke KL :) Harap tiada apa-apa yang buruk berlaku pada semua yang akan pulang ke kampung.

Aku juga ingin mengucap selamat kepada semua jemaah Haji yang akan wukuf pada esok hari dan akan menyempurnakan Haji, semoga Allah merahmati ibadah dan dikurniakan Haji yang mabrur. Amin

Sekali lagi saya ucapkan Salam Jumaat dan Salam Eidadha kepada semua :)

Hadith Rasulullah saw:
“Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” 
(Hadis riwayat At-Tirmizi)


No comments:

Post a Comment