Jumaat lepas sebelum balik kampung keesokan harinya, aku dan PA aku ke Pavillion untuk menonton sebuah filem baru, Tower Heist lakonan Ben Stiller, Eddie Murphy, Casey Affleck dan lain-lain. Perjalanan ke Pavillion bermula dengan mood kurang enak akibat kesesakan teruk di Jalan Tun Razak dan Jalan Ampang menghala ke KLCC akibat sekatan polis. Jalan 3 lane menjadi satu. Mungkin sebab Kimora berada di Kuala Lumpur kot pada masa itu.
Tower Heist merupakan sebuah filem dimana seorang majikan telah menipu kesemua wang persaraan pekerjanya. Pekerjanya terdiri dari 6 orang dengan bantuan seorang pencuri telah bertekad untuk membalas dendam dan mengambil kembali hak mereka atau lebih dari majikan mereka. Bagi aku filem ini sangat menarik sebab kita tidak dapat meneka bagaimana modus operandi mereka melakukan kerja-kerja mencuri dan penamat cerita ini bagaimana. Ditambah lagi dengan lawak dan humor oleh Ben Stiller dan Eddie Murphy, pasti membuatkan anda tidak kering gusi dan tidak tertidur dalam panggung wayang nanti :)
Rating Aku:
4.5/5
*Masih belum menonton filen Dont Be Afraid In The Dark. Mungkin pada Rabu ini barangkali.
No comments:
Post a Comment