Saturday, October 16, 2010

Hari Pencalonan Pemilihan PKR - 16 Okt 2010

Hari Pencalonan Pemilihan PKR 2010:


Sebelum itu, berikut adalah senarai yang layak bertanding (2 pencalonan memadai untuk bertanding jawatan tersebut)
Sumber: Malaysiakini

(Klik image untuk besarkan)

Setakat yang aku baca-baca segenap berita dan blog, aku mendapati bahawa Khalid dan Nurul Izzah masih berteka teki untuk menawarkan diri menjadi calon Timbalan Presiden. Tetapi bagi yang lain; Zaid, Azmin dan Mustaffa, mereka sudah berpendirian untuk meneruskan hajat bertanding jawatan panas no.2 ini.

Dari apa yang aku baca blog-blog mengenai Pemilihan ini, sebenarnya Khalid membuat gempak sahaja apabila menawarkan diri bertanding jawatan Timbalan Presiden. Khalid sebenarnya ingin menguji Zaid Ibrahim kerana Zaid menyatakan akan memberi laluan kepada Khalid apabila Khalid ingin bertanding jawatan itu. Pada pendapat aku juga Khalid sebenar bermain perang saraf anjuran Anwar dan Azmin agar tekanan terhadap Zaid bertambah. Namun aku optimis calon feveret aku, Zaid Ibrahim tidak makan dengan permainan Anwar-Azmin-Khalid ini.

Setakat kini, dari maklumat yagn diperoleh:
Yang sah/pasti bertanding:

Presiden:
Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail

Timbalan Presiden:
Zaid Ibrahim, Azmin Ali, Mustaffa Kamil Ayub

Naib Presiden:
Fuziah Salleh, Tian Chua, Xavier Jayakumar, Sivarasa Rasiah, N Gobalakrishnan, Mansor Othman, Ansari Abdullah, Abdullah Sani, Chua Jui Meng dan Jefferey Kitingan

Ketua AMK (Angkatan Muda KeADILan):
Shamsul Iskandar, Badrulhisham Shaharin (CheguBard), Rafizi

Ketua Wanita PKR:
Zuraidah Kamruddin (berharap ada yang tampil menentang Zuraidah)

MPP:
Terlalu ramai (tidak ambik port sangat)

warna : calon yang aku sokong

Apa pun yang berlaku, diharap pihak Pengurusan yang menjalankan Pemilihan ini dapat bertindak dengan seadil-adilnya. Janganlah ada konspirasi terancang untuk menjatuhkan sesiapa dan menaikkan yang pilihan orang-orang tertentu. Jika ini berlaku apalah bezanya dengan Umno kan. Kita lantang menentang Umno tetapi dalam masa sama kita membuat apa yang Umno buat.

Aku juga mendoakan agar Zaid Ibrahim mengalahkan Azmin Ali dalam pemilihan jawatan Timbalan Presiden agar perti ini tidak dirosakkan oleh orang-orang yang tamak kuasa seperti Team Azmin Ali.

Akhir kata, selamat mengundi pada Pemilihan PKR 2010 nanti. Pilihlan pemimpin yang betul-betul memperjuangkan parti bukan yang merosakkan PKR yang aku cinta sangat-sangat ini.



p/s: PKR untuk Rakyat bukan untuk Anwar :)

No comments:

Post a Comment