Thursday, October 14, 2010

Malaysia Hari Ini

salam...

kali ini entri aku kembali balik kpd isu2 semasa yang berlaku di Malaysia...
aku just menyampai ape aku yakin benar, tp terpulang lah pada satu-satu individu untuk mengambilnya sebagai benar atau tidak benar

isu-isu yang terjadi sepangjang 2 minggu:

i-Krisis Istana Kelantan
ii-Pilihanraya Kecil Galas dan Batu Sapi
iii- Pemilihan PKR 2010


Krisis Istana Kelantan:

Krisis kerabat Di-Raja Kelantan tidak berakhir setakat pertabalan Sultan Muhammad V, ia terus menerus apabila Sultan Kelantan menarik gelaran pada Tengku Fakhry. Selepas itu konspirasi pelarian Ex-Sultan Yahya Petra ke Thailand dan terbaru penarikan gelaran Datuk kepada bekas orang kuat Istana(lupe)

komen: Aku menyokong penuh pertabalan Sultan Muhammad V sebagai Sultan Kelantan yang baru kerana keperibadian beginda yang bersih dan berlatarkan Islam. Pada pendapat aku apa-apa keputusan yang Sultan buat mesti ada sebabnya. Dan pada aku konspirasi melarikan Ex-Sultan Yahya Petra just satu rekaan sahaja.

Pilihanraya Kecil Galas dan Batu Sapi:

Bekas Wakil Rakyat kedua2 kawasan ini meninggal dunia akibat kesihatan dan kemalangan. Ini membawa kepada satu set lagi pilhanraya kecil yang kali terakhir berlaku adalah pilihanraya Kuching dimana PR mengalahkan BN menerusi Wong Hoo Leng dari DAP-PR. Pilihanraya kali ini bernar menguji kedua-dua belah pihak PR dan BN kerana ia mungkin menjadi penanda aras kepada kekuatan kedua-dua komponen ini setelah beberapa isu hangat melanda kedua-dua parti komponen ini. PR mempunyai masalah dalaman yg agak serius melibatkan PKR, dimana Pemilihan yang berlangsung agak panas dan juga DAP, dimana krisis kepimpinan yg berlaku di Perak. BN juga tidak ketinggalan dimana gagal menerapkan teori 1Malaysia kepada kesemua ahlinya serta krisis kepimpinan negeri yg menjadi-jadi di Selangor (Khir Toyo dan Noh Muhammad), Pulau Pinang(Gerakan), Terengganu (Kem Mat Said dan Kem Idris Jusoh), Sabah (Musa Aman dan Shapie Afdal, Umno dan LDP) dan selainnya.

Tidak dinafikan jika dilihat kadar sokongan tetap kedua-dua parti sebenarnya 50-50. Kemenangan sesebuah parti amat bergantung kpd:

1. Calon
2. Isu yang dimainkan semasa kempen
3. Janji yang ditawarkan kepada pengundi
4. Semangat jentera dan kerjasama antara parti
5. Peranan media dan pasukan penerangan menyampaikan kempen masing-masing


5 perkara ini amat menentukan kemenangan. Dari 5 poin yang disebut, KILLER WEAPON sebenarnya pada poin 2. ISU! Lihatlah seperti pada PRK Hulu Selangor dimana BN berjaya memainkan isu peribadi Datuk Zaid dengan baik menyebabkan PR kalah. Tidak lupa juga di PRK Sibu dimana BN cuba memainkan isu wang kepada masyarakat Cina, namum PR menangkis dengan jayanya sehingga PR merampas kerusi Parlimen Sibu.

Komen: Aku berpendapat bahawa Pilihanraya Kecil ini akan menjadi sengit di Galas, ini kerana BN berjaya melakukan strategi yang berkesan dengan melantik Ku Li sebagai Pengarah Pilihanaraya kali ini. Aku mengaku bahawa ini taktik bijak BN untuk merampas kerusi dari PR kerana Ku Li merupakan satu X-Factor seperti X-Factor Anwar Ibrahim pada PRU 12. Ku Li dilihat bersih dan mendapat sokongan padu dari masyarakat setempat yang kebetulan di dalam kawasan Parlimen Gua Musang. Namun jika PR berjaya melawan isu-isu yang dimainkan oleh BN dan semangat kerjasama erat antara parti yang merupakan X-Factor utk PR...ya..Semangat berpasukan merupakan X-Factor utk PR. Nescaya PR akan mempertahankan kerusi ini. InsyaAllah.

Bagi PRK Batu Sapi pula, peluang untuk PR menang pada perkiraan aku hanya 30% peratus buat masa ini. BN dengan kekuatan 3M; Money, Media, Machinery di Sabah merupakan satu perkara mudah untuk mempertahankan kerusi ini. Tapi ini semua bergantung dengan isu yang dimainkan masing2. Aku tetap yakin peluang untuk PR merampas ini ada. InsyaAllah.

Pemilihan PKR 2010:

Pemilihan PKR sudah memasuki fasa pencalonan untuk peringkat MPP(Majlis Pimpinan Pusat) di mana kesemua cabang-cabang telah selesai menyerahkan pencalonan untuk setiap jawatan MPP. Pemilihan bagi cabang-cabang juga telah selesai dimana terdapat kejutan-kejutan berlaku. Antara tertewasnya beberapa pemimpin PKR dalam perebutan ketua cabang seperti Rodziah Isamail, Datuk Kamarul Baharin Abbas, Elizabeth Wong, dan even Naib Presiden yang juga calon Timbalan Presiden PKR, Mustaffa Kamil Ayub sendiri tewas dalam perebutan Ketua Cabang masing-masing.

Berbalik kepada pemilihan PKR yang akan berlangusung November ini, jelas sekali persaingan semakin panas tatkala serangan-serangan peribadi, kewujudan kumpulan yang konon direstui Anwar, konspirasi dalam PKR, drama Pemilihan yang berat sebelah, sikap pilih kasih dan double standard, serta lain-lain menghujani Pemilihan PKR 2010 kali ini.

Secara nyatanya, Pemilihan PKR 2010 kali ini lebih terarah kepada jawatan Timbalan Presiden dimana dengan penawaran Tan Sri Khalid Ibrahim untuk bertanding sekaligus mehangatkan lagi pertandingan ini. Sebagaimana yang dimaklumkan pertandingan dilihat lebih kepada antara Azmin Ali dan Zaid Ibrahim. Mustaffa Kamil Ayub pula dilihat tidak mempunyai sokongan kuat atau calon 'underdog'. Pada ketika ini Azmin Ali dilihat memperoleh sokongan kuat dari orang-orang kuat PKR. Tetapi apabila Tan Sri Khalid memasuki gelanggang, Azmin Ali dilihat terkejut dan mula panik dengan memberi alasan; "sepatutnya beliau(Khalid) menumpukan kepada urusan kerajaan negeri..". Azmin dilihat kehilangan sokongan besar yang mula berpaling kepada Tan Sri Khalid Ibrahim. Pada awal peratusan pecahan undi feveret pd mulanya, Azmin-Zaid-Mus: 60-30-10 bertukar kepada, Azmin-Khalid-Zaid-Mus: 30-30-30-10. Seimbang untuk ketiga-tiga calon itu. Khalid dilihat mempunyai sokongan besar pemimpin-pemimpin PKR Selangor. Tidak dilupakan bahawa Selangor mempunyai keahli terbesar berbanding negeri lain. Bagi team Zaid pula, sokongan dari hari ke hari semakin meningkat akibat 'simpati' atas tekanan dan fitnah yang dilemparkan kepada beliau. Zaid juga dilihat sederhana dalam kempen dan berjaya mewujudkan satu manifesto yang berkesan dalam menyelamatkan PKR dari pengkhianat sebenar. Namun Zaid dalam kenyataannya baru-baru ini, bahawa beliau akan melepaskan perlumbaan jawatan apabila Nurul Izzah turut berkenan untuk merebut kerusi no.2 ini.

Bagi jawatan lain pula, jawatan seperti Naib Presiden, Ketua Wanita dan Ketua AMK, ia dilihat pertandingan yang kurang panasnya. Bagi Naib Presiden, Fuziah Salleh dan Nurul Izzah dilihat hampir pasti mengisi 1 daripada 4 kerusi Naib Presiden. Manakal Ketua AMK pula CheguBard pula dilhat meraih sokongan kuat dari anak-anak muda berbanding calon 'direstui Anwar', Rafizi yang dilihat lemah dan longlai dalam Pemilihan kali ini. Penyandang jawatan pula, Shamsul Iskandar Mat Akin pula dilihat ingin mempertahankan jawatannya selepas kedudukan beliau dalam perebutan Naib Presiden dilihat goyah akibat pertandingan sengit melibatkan orang-orang besar PKR. Manakala untuk jawatan Ketua Wanita, penyandang, Zuraidah Kamaruddin, yang sebelum ini dilihat selesa mula gelisah akibat desas-desus bahawa beliau akan dicabar oleh beberapa orang.

Secara umumnya, PKR telah berpecah 2 kelompok iaitu Team Azmin Ali (direstui Anwar) dan Team Bebas. Antara orang-orang kuat Azmin adalah Zuraidah Kamaruddin, Rafizi, Sivarasa Rasiah, Dr Mansor Othman, Yusmadi Yusof dan lain-lain. Manakala Zaid dilihat memperolehi sokongan dari Nurul Izzah, Golobala Krishnan, Manikasavagam dan CheguBard. Team Khalid pula terdiri kebanyakan dari Selangor seperti Yaakob Sapari, Irene Fernadez, Tian Chua, Dr. Nur Manuty dan ramai lagi telah berpaling kepada Tan Sri Khalid.

Komen: Pada pendapat aku, asalkan bukan Team Azmin menang sudah. Kerana Azmin ini seorang yang ego, bongkak, penyerang, penindas, secara senangnya, Napoleon Kecil dalam PKR. Dan disini aku tegaskan bahawa PKR ini bukan untuk Anwar. PKR ini platform perjuangan rakyat Malaysia! Aku tidak kesah jika Zaid nak lawan Anwar pun. Aku akan tetap sokong Zaid dalam pemilihan kali ini.

Sokongan aku:

Presiden: Wan Azizah/Zaid Ibrahim
Timbalan: Zaid Ibrahim/Nurul Izaah
Naib Presiden: Fuziah Salleh/Nurul Izzah/Tian Chua/Manikavasigam
Ketua Wanita: Animah Ferrer(jika bertanding)
Ketua AMK/Timb Ketua Amk: CheguBard/Chang Lih Kang

Aku Benci:

Presiden: -
TImbalan: Azmin Ali (for surely)
Naib Presiden: Mansor Othman, Sivarasa Rasiah
Ketua Wanita: Zuraidah Kamaruddin
Ketua AMK: Rafizi, Shamsul Iskandar

Komen:
Apa pun yang terjadi pada Pemilihan November nanti, aku berharap demokrasi matang dapat dijalankan untuk memastikan parti yang aku sokong ini terus menjadi pencetus Reformasi dan Revolusi sehingga mengisi dan menduduki bangunan Putrajaya bersama-sama PAS, DAP dan SNAP nnt. InsyaAllah..




p/s: saya sayang Parti KeADILan Rakyat! Membujur lalu..melintang patah..Keadilan Rakyat Malaysia...

No comments:

Post a Comment