Thursday, December 30, 2010

Tahniah Skuad Bola Sepak Malaysia

Salam,

Tahniah Malaysia I

Tahniah kepada skuad bola sepak Malaysia atas kejayaan memenangi Piala AFF Suzuki 2010 setelah menewaskan Indonesia dengan agregat 4-2; 3-0 di Bukit Jalil dan 1-2 di Stadium Gelora Bung Karno.

Dagi segi semangat kesukanannya, aku berbangga dengan kejayaan ini kerana setelah sekian lama skuad bola sepak Malaysia berada di dalam zaman 'gelap' akhirnya sudah muncul satu pasukan yang dijangka menyinari dan merevolusi pada masa akan datang. Syabas juga diucapkan kepada jurulatih skuad bola sepak Malaysia, K. Rajagopal atas kecemerlangan beliau membimbing skuad kebangsaan.
Skuad Bola Sepak Malaysia mejuarai Piala AFF Suzuki 2010



Tahniah Malaysia II

Siapakah Menteri itu?


Tahniah juga kepada Malaysia atas berita yang mengaitkan skandal seorang Menteri Malaysia yang terlibat dalam kes perkosaan keatas seorang amah Indonesia. Tidak dinafikan lagi berita jika ianya dikeluarkan sendiri oleh blogger Umno melalui sumber Wikileaks. Wikileaks mengatakan bahawa kerajaan yang diterajui Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika itu menyorok dan menyembunyikan kes ini.

Tidak hairan Menteri ini yang sepatutnya dicalonkan sebagai Setiausaha Agung Komanwel (tak ingat) pada tahun 2007 tiba-tiba menarik diri. Perilaku ini juga telah disedari isteri beliau dan isteri beliau menghantar amah Indonesia itu pulang ke negara asal.

Pada pendapat aku, peristiwa ini bakal merenggangkan lagi hubungan dua hala Malaysia-Indonesia yang sememangnya berada pada tahap kurang memuaskan setelah beberapa isu berkaitan lepas.

Berikut aku lampirkan surat atau dokumen berkaitan kejadian ini:

Siapa menteri tersebut tidak perlulah dinyatakan disini. Korang boleh search di web serach engine berhampiran. Taip sahaja 'menteri rogol amah', pasti nama beliau keluar. Yang pasti beliau ini huduh perangainya.

p/s: kadang-kadang kita dok maki orang Indon. tapi adakah kita berlaku adil pada mereka? berdosalah kita jika kita tidak adil pada mereka. mereka juga manusia seperti kita :)

No comments:

Post a Comment