Salam,
Alhamdulillah. sudah melangkah kita ke tahun baru, tahun 2011. mari sama-sama kita bawa apa-apa yang baik dari tahun sebelumnya ke tahun 2011 dan tingkatkan segala apa yang baik. yang buruk pula tinggalkanlah dan jadikan yang buruk itu satu sempadan agar kita tidak melakukan kesilapan.
secara kritikalnya aku sudah mula berfikir melihat masa depan, apa yang bakal berlaku pada tahun 2011. tidak dinafikan baru beberapa jam semasa aku menulis entri ini, adalah terlalu awal dan bak orang kata 'gelabah la lu fikir macam-macam'. bagi aku itu suatu persediaan untuk menghadapi segala kemungkinan. mencegah lebih baik dari merawat bukan.
ingin sekali aku menyatakan bahawa tahun 2011 ini merupakan tahun;
2011: TAHUN PERUBAHAN MALAYSIA!
aku yakin, aku komited, aku optimis, 2011 merupakan era kegemilangan masyarakat Malaysia jika perubahan kerajaan dari BN kepada PR berlaku dengan izin Allah. aku sendiri akan beusaha dengan segala kudrat ayng aku miliki membantu membawa perubahan ini. sudah masa kita sama-sama melakukan perubahan. perubahan ini teramat diperlukan untuk menjamin masa depan yang lebih baik.
disini juga ingin sekali saya menyatakan apa-apa yang saya fikirkan yang akan berlaku pada tahun 2011 ini:
- Gejala maksiat bakal meningkat dengan dahsyatnya pada 2011 dengan peningkatan program-program hiburan serta dasar BN bagi mencambahkan lagi kelab-kelab malam pada tahun hadapan.
- Sentimen perkauman bakal meningkat dengan peranan media arus perdana seperti Utusan Malaysia, RTM dan TV3 yang akal cuba menyiarkan buletin-buletin yang berbaur perkauman sempit.
- Peningkatan harga keperluan asas rakyat Malaysia seperti minyak petrol, gas, minyak masak, gula, susu tepung, tarif elektrik dan tarif air yang bakal membebankan golongan pertengahan dan golongan bawahan(miskin) tanpa kenaikan isi pendapatan rumah.
- Penjualan tanah-tanah kepada orang-orang kaya seperti tanah TUDM Sungai Besi, tanah Kampung Baru, tanah Istana Negara dan banyak lagi. segalanya akan diberi kepada kroni-kroni BN.
- Berlaku ketegangan agama akibat percambahan pengaruh Syiah di Malaysia. Syiah merupakan ajaran yang sesat dan jauh menyimpang dari syariat Islam.
- Peperangan Korea Utara dengan Korea Selatan yang hampir pasti berlaku dan bakal membawa perubahan politik dunia serta bakal membawa kesan hebat kepada negara serantau.
- Krisis ekonomi yang berlaku di Eropah atas bebanan hutang yang ditampung kerana ekonomi kapitalis bakal merebak ke negara berhampiran dan tidak terkecuali Malaysia.
- Perubahan klimaks cuaca yang bakal membawa kepada perubahan suhu dan ketidaktentuan cuaca yang bakal membawa kepada bencana alam.
- Bencana seperti kebakaran, gempa bumi, banjir, tanah runtuh dan suhu panas/sejuk melampau bakal terjadi pada tahun 2011
- Kemerosotan ekomoni bakal berlaku diseluruh dunia dan kadar inflasi akan meningkat dengan tinggi yang akan menyebabkan rusuhan dan tekanan kepada kerajaan negara masing-masing.
itulah antara 10 perkara utama yang aku fikir yang akan kita harungi pada taun 2011. tidaklah aku mengharapan yang terburuk pada tahun ini. namun kita tidak boleh lari dari hakikat hidup. ini semua kenyataan yang akan berlaku. samada kita suka atau tidak, kita kena mengharungi perkara-perkara tersebut.
mungkin akan ada orang yang akan memperlekehkan dan menghina permikiran aku. namun itu juga merupakan cabaran yang aku mesti hadapi. yelah, lain orang lain ragam, rambut sama-sama hitam, hati lain-lain. aku tidak kesah kalau di tidak setuju, terpulanglah kan. mungkin mereka masih dibawah mimpi indah dan masih dilamun dengan perkara-perkara lain. tidak pernah merasai erti kesusahan. sentiasa berada dalam kesenangan dunia. tidak memperdulikkan orang lain asalkan diri gembira.
ingatlah, hidup ini bagaikan roda. tidak selamanya kita berada diatas. satu hari nanti bila berada di bawah abrulah kita terhegeh-hegeh hendak melakukan sesuatu. yakinlah dengan kitaran roda ini kerana itulah keadilan yang Allah tunjukkan pada kita. Allah Maha Adil!
akhir kalam, sama-sama muhasabah diri bagi menhadapi hari-hari mendatang. mungkin dengan muhasabah diri pelbagai hikmah yang baik kita bakal peroleh dari Allah. InsyaAllah!
W'salam
-AKUBLOGGERJALAN-
(Kuala Lumpur, 1.1.11, 1.47am)
1 comment:
mungkin jgk semua di atas akan berlaku.tapi harap2 lah dijauhkan.
bersedia je lah.
Post a Comment