Sunday, January 9, 2011

Kerajaan Perpaduan PAS-Umngok

salam,


tempoh hari heboh tentang isu kerajaan perpaduan yang timbul gara-gara 'perjumpaan TG Nik Aziz-TG Hadi Awang-Ust Nasa-Najib-Muhyiddin-DYMM Agung' di Istana Terengganu. 

bagi aku adalah amat pelik perjumpaan ini diadakan kerana melibatkan pemimpin tertinggi 2 parti Melayu terbesar di Malaysia, PAS dan Umngok. oleh itu tidak hairan lah blogger-blogger pro-Pakatan Rakyat mengklasifikasikan ianya sebagai perjumpaan 'Kerajaan Perpaduan'.

pendapat aku juga sama dengan pendapat blogger-blogger lain dan aku secara tegasnya (termasuk blogger lain) MENOLAK sekeras-kerasnya jika PAS ingin bersatu dalam isu kerajaan perpaduan dengan Umngok. bagi aku kerajaan perpaduan ini bukanlah satu perkara Umngok inginkan.

Umngok hanya ingin memperkudakan PAS untuk meraih undi orang Melayu-Islam untuk memperkuatkan kembali sokongan mereka yang sudah pudar di mata rakyat. apabila sokongan dari rakyat bukan Melayu; Cina dan India khususnya semakin sukar di peroleh, mereka beralih kepada strategi 'bermesra' dengan PAS dengan memainkan sentimen perkauman dan sentimen assabiyah! aku menolak sekeras-kerasnya kerjasama PAS-Umngok dalam isu politik atau pergabungan kuasa demi 'Perpaduan Melayu'.

'Perpaduan Melayu' itu hanya retorik kosong dan dusta Umngok tatkala mereka terus membebankan rakyat Malaysia dengan kenaikan harga keperluan asas dan terus dengan dasar korupsi, nepotisme dan kronisma. siapa yang menerima padah akibat kebejatan mereka? ORANG MISKIN! dan siapa yang mengisi kelompok ini? ORANG BERBANGSA MELAYU DAN BERAGAMA ISLAM! apa lagi Umngok mahu dari rakyat? hendak bersatu pula? itu mustahil selain ingin mengekalkan kuasa pemimpin-pemimpin mereka yang kaya-raya. lihatlah sendiri pemimpin meraka tatkala rakyat terus ditindas dan memderita dengan kenaikan bahan keperluan hidup seharian. 

bagaimana mungkin orang miskin ingin menikmati sebutir beras jika harga beras melambung naik? bagaimana orang miskin ingin menikmati makanan masakan sendiri jika harga bawang, minyak masak, cili merah, susu dan lain meningkat? apakah kerajaan membantu mereka? tidak melainkan jika anda terpaksa mengampu orang-orang Umngok. inilah penderitaan yang PR cuba keluarkan rakyat dari kepompong penindasan kerajaan BN.

sekali lagi 'Kerajaan Perpaduan' ini hanyalah satu retorik kosong Umngok untuk memperkukuh kedudukan parti mereka dan tatkala mereka sudah berjaya memperdayakan PAS (aku berdoa ianya dijauhkan) mereka akan menendang kembali PAS seperti mana yang dilakukan dahulu.

aku tidak mahu penjelasan dari TG Nik Aziz mengenai butiran perjanjian itu kerana aku menghormati ianya satu perjumpaan tertutup dan sulit. tetapi aku berharap sangat ianya bukanlah satu perjumpaan mengenai kerajaan perpaduan. aku mengHARAP sangat. 

aku juga berharap isu ini tidak mengganggu konsentrasi PR dalam menghadapi PRK Dun Tenang, Lanbs, Johor. kesatuan dalam PR antara PAS, PKR dan DAP sudah dibuktikan mantap dan jauh lagi berkesan dari BN.

baiklah, aku ingin menumpukan usaha berkempen secara digital untuk PR dalam PRK Tenang ini. InsyaAllah kita pendukung dan pengikut setia PR akan berkempen habis-habisan dalam PRK ini. semoga Allah memberkati perjuangan kita. Amin.




Takbir!
ALLAHHUAKBAR

REFORMASI! REFORMASI!! REFORMASI!!!

LAWAN TETAP LAWAN!


No comments:

Post a Comment