Thursday, January 6, 2011

Lawak Malaysia

Lawak 1:
"Koroner Azmil Muntapha Abas hari ini membuat penghakiman terbuka berhubung inkues Teoh Beng Hock, yang ditemui mati pada 16 Julai 2009.

Beliau memutuskan punca kematian Teoh bukan kerana bunuh diri mahupun dibunuh."
Kalau begitu, bagaimana dia mati? HAHAHA
 
Lawak 2:
"Tegas baginda(Sultan Selangor), isu perlantikan SUK(Setiausaha Kerajaan Negeri) yang baru, Datuk Muhd Khusrin Munawi tidak patut diperbesar-besarkan, dipolitikan atau disensasikan sehingga mengelirukan rakyat.

Sehubungan itu, baginda menggesa semua pihak supaya memberikan kerjasama kepada Khusrin."
Ampun Sultanku, siapa tidak bengang kalau orang yg selalu menentang dasar kerajaan negeri dilantik untuk bekerja dengan kerajaan negeri. bukankah ada udang disebalik batu? Ampun Tuanku. ya Ampun! HAHA

Lawak 3:
"Di dua ceramah malam tadi (ceramah di DUN Tenang, Johor), polis terus bertindak sebaik sahaja Anwar mengambil tempatnya untuk berpidato.

Sebagai kontras, ucapan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat yang lain tidak dihiraukan dan dibiarkan berlarutan.

“Bila pemimpin lain berucap, tiada ganguan. Bila Anwar berucap, polis akan terus menganggu dan menghentikannya."
Kenapa takut sangat dengan Anwar? Bukan ke Kerajaan BN sudah yakin menang di DUN Tenang nanti? Kubu kuat katanya. Lagipun Anwar kan kaki liwat. Siapa hendak percaya? HAHA

Lawak 4:
"Dua pertubuhan bukaan kerajaan - Gerakan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps) dan Pertubuahn Pribumi Perkasa malaysia (PERKASA) mahu ADUN Seri Muda dari PKR,Shuhaimi Shafiei dihukum gantung kerana cuba mencetuskan “peperangan ke atas Raja-raja Melayu”."
Kenapa tidak menggantung Mahathir dan orang-orang Mahathir yang menghapuskan kuasa Raja-Raja pada zaman beliau? Adakah Raja maksum sehingga tidak boleh dikritik? 
“Sedang para al-Khulafa al-Rasyidin iaitu Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali yang jauh lebih mulia daripada sultan-sultan pun dikritik dan dibantah oleh rakyat mereka. “Namun mereka menjawab dengan penuh amanah, wibawa dan mereka tidak membunuh pengkritik mereka. Bahkan berterima kasih,”- Dr Asri
Gantung Mahathir dulu sebelum hendak gantung Shuhaimi dulu ye. HAHAHA

Lawak 5:
"Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim hari ini menafikan dakwaan beliau terlibat dalam kes jenayah memperkosa pada 2007 dan semua dakwaan lain yang dilemparkan oleh penulis blog di internet dan parti pembangkang terhadapnya.

"Saya menafikan sebarang dakwaan tersebut sama ada yang berkaitan tuduhan memperkosa mana-mana individu empat tahun dahulu atau lain-lain dakwaan yang dicetuskan penulis liar blog di internet atau mana-mana entiti politik," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, "tuduhan liar yang ditujukan terhadap dirinya, susulan laporan blog dan parti-parti politik pembangkang di akhir-akhir ini adalah longgokan fitnah dan pendustaan yang dahsyat, jelek dan jahat.""
OK. sudah nafi. tetapi surat hitam putih tidak pernah menipu. laporan pun sudah dibuat. lawan kat mahkamah je la senang. ada berani tak? jangan lari ya. HAHA

Lawak 6:
"Seorang bekas pegawai penyiasat dalam kes 'mata lebam' Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa bukti DNA dalam perbicaraan kes liwat melibatkan bekas timbalan perdana menteri itu pada 1998 telah dipalsukan.

Bekas ketua jabatan siasatan jenayah (CID) Kuala Lumpur Mat Zain Ibrahim menyatakan demikian sepintas lalu dalam sepucuk surat yang dihantar kepada Peguamcara Negara Datuk Idrus Harun pagi ini.
"
Tahun lepas, orang ini juga mendakwa laporan mata lebam Anwar palsu. sekarang DNA juga palsu. apa jenis mahkamah dan kerajaan Malaysia ada ni? HAHA


Dengar sini, sudah lama rakyat diperbodohkan. Sudah lama pemimpin yang tidak bersalah dizalimi. TIDAK TAKUTKAH KAMU DI DEPAN ALLAH?


p/s: Allah itu MAHA ADIL! Yakinlah dengan nikmat dan pembalasan-NYA!

No comments:

Post a Comment