Wednesday, January 5, 2011

Preview Anugerah Juara Lagu 25


salam,

sempena kehangatan Anugerah Juara Lagu 25 pada 9 Disember 2011 di Stadium Putra Bukit Jalil, enaknya sekali aku membuat pra-ulasan mengenai AJL 25 ini.

sebagai mana yang kita tahu, 14 buah lagu akan dipertandingkan pada peringkat akhir ini. antara lagu-lagu yang bakal berentap nanti adalah:
  1. Sempurna (Yuna/Yuna/Yuna)
  2. Berlari (Tomok/ Tomok & Shazee Ishak/ Tomok)
  3. Pelita (A.P.I/ Loque)
  4. Kebahagiaan Dalam Perpisahan (Shahir/ Edry Abdul Halim)
  5. Drama King (Meet Uncle Hussain & Black/ Taja/ Tun Teja)
  6. Noktah Cinta (Hafiz/ Ajai/ Sheikh Qalam)
  7. Tolong Ingatkan Aku (Ana Raffali)
  8. Selamat Malam (Faizal Tahir/ Audi Mok/ Faizal Tahir)
  9. Ku Ada Kamu (Adira/ Edry Abdul Halim)
  10. Extravaganza (Bunkface/ Sam Bunkface/ Bunkface)
  11. Sofea Jane (Black/ Sham Kamikaze & Iswandy/ Farril)
  12. Hanyut (Faizal Tahir/ Audi Mok/ Faizal Tahir)
  13. Jahat (Stacy/ Edry Abdul Halim)
  14. Mencari Konklusi (Hujan/ Noh Hujan)
Lagu (Penyanyi/Komposer/Lirik)

Secara jujurnya lagu-lagu yang memasuki tidak sekualiti lagu-lagu sebelum ini. Namun aku dapat melihat persaingan teramat sengit pada kali ini. Mungkin hanya persembahan dan penyampaian yang menarik sahaja bakal menentukan kemenangan lagu seseorang nanti.

bagi aku lagu yang mempunyai kekuatan lirik akan memenangi AJL nanti. lagu Faizal Tahir; Hanyut dan Selamat Malam mempunyai kualiti yang baik berbanding lagu-lagu lain. serta kekuatan vokal dan penghayatan vokalis yang mantap. tidak mustahil salah satu lagu ini memenangi hadiah pada malam anugerah itu nanti.

tetapi malam itu mungkin akan terarah kepada persembahan band-band tanar air; Bunkface, A.P.I., Meet Uncle Hussain & Black, dan 3 jelitawan iaitu Yuna, pendatang baru, Ana Raffali dan Stacy. Kesemua mempunyai kekuatan masing-masing. Tapi aku meminati dan berharap jika lagu Pelita(A.P.I.) dan Tolong Ingatkan Aku (Ana Raffali) memenagi Top 3 :) Aku juga menyukai lagu Drama King sebab lagunya macam ada tarikan telingan mendengar ditambah lagi dengan vokal Black yang dahsyat itu :D

So my TOP 5:

Ana Raffali - Tolong Ingatkan Aku
A.P.I. - Pelita
Faizal Tahir - Selamat Malam/Hanyut
Meet Uncle Hussian & Black - Drama King
Stacy - Jahat

Apa-apa pun aku hanya menilai malalui lirik dan kesedapan mendengar sahaja. Juri pada hari pertandingan yang menentukan segalanya. Oleh itu selamat bertarung pada pertandingan nanti. Semoga berjaya.

Yang penting aku mahu mendengar sambil berhibur. siapa menang itu bonus :D


p/s: dengar ceramah-ceramah Anwar pun best gak :)

1 comment:

nazihahisa said...

lagu shahir cm ada peluang nk menang je.. huhu

Post a Comment