Monday, January 31, 2011

Rakaman Ucapan Cikgu Mala selepas PRK DUN Tenang

"Terima kasih diucapkan kepada semua petugas-petugas, ADUN-ADUN, Ahli Parlimen Pakatan Rakyat, pembaca setia blog ini, pengikut blog ini, blogger-blogger dan media yang membuat liputan dari hari penamaan calon hingga ke hari ini iaitu hari pembuangan undi.

Jasa dan pengorbanan anda semua hanya Tuhan sahaja yang dapat membalasnya. Teru...skan berjuang dan berkhidmat untuk Islam demi menegakkan kebenaran dan menghalang kebatilan dari berkuasa di atas muka bumi ini.

Terima kasih juga diucapkan kepada yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam memastikan kemenangan Islam. Disebalik kita mencari kemenangan ada hujan rahmat yang membasahi bumi Tenang sehinggakan seluruh kawasan Tenang telah digenangi air dalam mengharungi banjir. Kehadiran hujan menguji ketabahan petugas-petugas sehinggakan basah kuyup namun tetap tidak berganjak dalam memberikan servis yang terbaik.

Jangan kita berputus asa dalam berusaha sebelum kita mendapat kejayaan dan jika kita berjaya jangan dilupa pengorbanan mereka dibelakang yang banyak memberikan sokongan tidak kira waktu, hari dan perjalanan hidup ini. Kejayaan bukan milik individu sebaliknya milik jamaah yang mantap. Teruskan berjuang untuk Pilihan Raya Kecil di DUN Merlimau N.27 yang bakal berlangsung tidak lama lagi."

( Cikgu Normala Sudriman dan sekeluarga )
* Ucapan selamat maju jaya kepada Cikgu Normala selepas ini. Penat dan keringat serta komitmen sebagai calon tempoh hari akan di balas Allah. Terima kasih Cikgu Mala. Walaupun hati ini sedih melihat serangan-serangan terhadap Cikgu Mala namun Cikgu Mala tetap sabar dan kuat berjuang untuk rakyat. Mungkin pada PRU 13 kita beroleh kemenangan. InsyaAllah

2 comments:

ayin~weeweet said...

hidup cikgu mala!kewl gile

datin kelly ketak said...

ya...beliau mmg kool dan tabah...cuba tgk sikit kalau sebelah sana yg kalah...apa pula ucapannya?

Post a Comment