Monday, January 31, 2011

Sedih, terlalu sedih


hati ini terlalu sedih pada hari ini...
apa lagi yang kami mampu buat lagi untuk mereka?
sukarnya hendak membuka pintu hati mereka...
sedih, kecewa, hampa, terkilan
sukar digambarkan di saat ini.
apa lagi..apa lagi?
kami sudah memberi seseorang yang terbaik untuk mereka...
dia diserang, dimaki, diherdik, difitnah.
kami ingin membawa perubahan kepada mereka.
apa lagi yang diperlukan untuk membuka hati dan minda mereka?
adakah kerana mereka terhutang budi dengan arwah Tun Razak,
anda beranggapan memangkah kami sesuatu pengkhianatan?
ya Allah, kami sudah berkerja dengan keras dan ikhlas untuk kebaikan mereka.
Engkau bukanlah hati mereka pada masa akan datang.
Engkau berikanlah kekuatan dan kecekalan menghadapi cabaran ini.
kami dicaci, dimaki, ditindas setiap hari.
mudah-mudahan Allah memberkati perjuangan kami.
Allah Maha Pengampun
ampunilah dosa-dosa kami yang lampau dan akan datang
mudahan kerja-kerja kami ini mendapat Rahmat-Mu
Allah Maha Adil
berikanlah keadilan untuk rakyat kami yang menduduki tanah-Mu ini
jauhkan dari ketidakadilan pemimpin yang tidak adil
Engkaulah Yang Maha Mengetahui segalanya
Amin

*luahan hati sempena kekalahan PAS di PRK Dun Tenang, Labis, Johor

No comments:

Post a Comment