Masalah interlok masih tidak selesai selepas beberapa bulan isu ini berbangkit. Kememterian Pelajaran yang patut membincangkan dan menyelesaikan isu ini secara ilmiah sepatutnya membuat kerja dengan pantas kerana ini melibatkan sensitiviti kaum.
Aku secara peribadi melihat Interlok ini merupakan sebuah buku yang amat bagus dan penyampaian mesej perpaduan antara kaum Melayu, Cina dan India sampai. Barangkali terdapat beberapa pekataan yang menyinggung perasaan satu kaum. Namun yang jelas disini adalah mesej yang disampaikan penulis. Barangkali ramai yang tidak membaca lalu menyerang buku ini. Ini salah! Memprotes secara membabi buta adalah salah!
Biarlah isu ini selesai secepat mungkin. Duduk semeja antara kesemua pihak; kementerian, ahli sastera, guru, aktivis, wakil2 NGO, pemimpin parti politik dan ramai lagi dapat mencungkil satu penyelesaian mapan. Apa-apa pun isu ini harus diselesaikan. Dan kerejaan harus bertindak pantas!
Pendirian aku jelas iaitu:
Novel ini baik dan tiada masalah dari segi nilai dan maksud tetapi mungkin pada aspek penggunaan perkataan. Tahniah penulis. Wa salut sama anda. Semoga Allah merahmati anda :)
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
No comments:
Post a Comment