Wednesday, April 6, 2011

12 Tahun Bersama-sana Berjuang!


Tarikh keramat 4 April 1999 menjadi peristiwa penting politik tanah air apabila Parti Keadilan Nasional ditubuhkan untuk menuntut reformasi total dilakukan terhadap sistem bernegara di dalam usaha untuk mewujudkan sebuah negara Malaysia yang lebih adil dan demokratik.

Seusia 12 tahun, kini perjuangan rakyat sudah memasuki fasa baru dengan memperolehi kejayaan yang besar dengan menafikan majoriti 2/3 Barisan Nasional (BN) dalam Pilihanraya Umum Ke12 yang lepas. Parti KeADILan Rakyat yang tertubuh hasil penggabungan strategik Parti Keadilan Nasional dan Parti Rakyat Malaysia kini menjadi harapan baru untuk seluruh rakyat Malaysia. Perjuangan ini merasai pahit dan manis yang tidak terhingga hingga hari ini. Pernah berada di tahap yang lemah dan kini berada di tahap yang lebih utuh dengan tertubuhnya Pakatan Rakyat (PR) hasil muafakat KeADILan-PAS-DAP. Kemenangan luar jangka yang dicapai oleh PR di dalam PRU12 yang lepas adalah hasil manifestasi suara generasi muda yang ingin pada perubahan dan menolak penindasan dan kezaliman.

Sesungguhnya, di tahap ini, kita masih berada di peringkat awal dalam kelok pembelajaran (the learning curve), dalam perkembangan menuju kemantapan dan kematangan. Apatah lagi khususnya, kita ini adalah sebuah parti politik. Fitrah setiap ‘learning curve’ adalah pengalaman jatuh bangun dan naik turun. Setiap kali jatuh, kita perlu terus bangun, menilai dan memperbaiki kelemahan. Kemudiannya, segera terus melangkah kehadapan secara lebih berani dan berkeyakinan. Inilah yang dinamakan “sunnanul kaun” atau “the law of nature”. Jatuh dan silap dalam mengatur langkah tidak perlu dijadikan kesalan. Tidak perlu kita menjadi pesimis melulu hingga melupakan hakikat potensi untuk menjadi lebih baik di masa hadapan.

Setiap orang di antara kita wajar menyemak, melihat kembali helaian sejarah parti ini yang berdiri atas pengorbanan, keringat dan air mata rakyat. Parti ini “parti rakyat”. KEADILAN mempunyai asas-asas perjuangan yang jelas. 12 tahun yang silam, semasa KeAdilan ditubuhkan, musuh sering memperlekeh kita. Kata mereka: “KEADILAN, parti berbilang kaum (multi-racial party) takkan berjaya…” Apa yang terjadi kini adalah sebaliknya. Ternyata hari ini, KEADILAN muncul sebagai parti berbilang kaum yang digeruni. Sesungguhnya, sedari mula kita amat percaya kepelbagaian adalah suatu keindahan dan kekuatan. Kita percaya bahawa kepelbagaian itu adalah suatu rahmat dan gambaran kebesaran Tuhan.

MENJUNJUNG REFORMASI, MEMBELA RAKYAT
LAWAN TETAP LAWAN! 
 

KEADILAN!
KEADILAN RAKYAT KITA
JANA ARUS
KAMI ARUS PERJUANGAN BANGSA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
PERPADUAN NEGARA
MASA DEPAN ANAK MALAYSIA
KEBEBASAN!
KEBEBASAN RAKYAT KITA
DIBERKATI TUHAN
MEMPERKASAKAN RAKYATNYA
MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH
PERJUANGAN RAKYAT MALAYSIA
MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH
DEMOKRASI RAKYAT MALAYSIA
MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH
KEADILAN RAKYAT MALAYSIA

No comments:

Post a Comment