Dah lama, tidak melakukan apa2 pada blog aku ni, masa untuk aku kemaskini. OK la, tanpa membuang masa aku nak ulas pasal Muktamar PAS ke57 yang akan bermula esok di Taman Melewar, Kuala Lumpur.
Seperti yang sedia maklum, Muktamar kali ini merupakan Muktamar yang paling sengit pertandingan Pemilihan PAS dalam sejarah. Ini melibatkan 2 perebutan jawatan yang amat sengit iaitu Jawatan Timbalan Presiden dimana pertandingan 3 penjuru berlaku dan pertandingan 6 penjuru untuk jawatan Naib Presiden.
![]() |
Calon Naib Presiden |
Bagi Timbalan Presiden, pertandingan disertai oleh penyandang, YB Ustaz Nasahruddin Mat Isa, Naib Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man dan bekas Naib Presiden, Haji Mat Sabu. Manakala persaingan lebih hangat untuk jawatan Naib Presiden dimana 6 orang menyertai perlumbaan mengisi slot 3 Naib Presiden iaitu 2 penyandang sekarang, YB Salehuddin Ayub dan YB Mahfuz Omar, Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Hj. Husam Musa, Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Nizar Jamaluddin, Naib YDP PAS Kelantan, Nik Amar Nik Mahmud dan Ketua Penerangan PAS Pusat, Ust Idris Ahmad.
Manakala ketika entri ini ditulis, Persidangan Dewan Muslimat PAS ke-51 sedang berjalan dimana penyandang Ketua Muslimat, Ustz. Nuridah Saleh akan dicabar Timbalannya, YB Siti Zailah Mohd Yusof (Ahli Parlimen Rantau Panjang).
Dan semalam, perasmian Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat oleh Timbalan Presiden PAS, YB Ust. Nasharuddin Mat Isa di Dewan Sivik MBSA. Ketua Pemuda PAS Pusat, Ust Nasruddin Tantawi berjaya mengekalkan kerusi beliau tanpa bertanding manakala pemilihan lain akan berjalan hari ini.
Muktamar Dewan Ulamak PAS juga berlangsung hari ini dan pemilihan juga diadakan pada hari ini.
Ramalan dan Pilihan:
![]() |
Calon Timbalan Presiden PAS |
Timbalan Presiden:
Pilihan: Mat Sabu
Ramalan: Tuan Ibrahim Tuan Man
Naib Presiden:
Pilihan: Nizar, Husam Musa, Idris Ahmad
Ramalan: Husan Musa, Mahfuz Omar, Nik Amar Nik Mahmud
Ketua Muslimat:
Pilihan: Ustz. Nuridah
Ramalan: Ustz. Nuridah
carutan: Siapa pun yang terpilih semua mempunyai kekuatan masing, even Ust. Nasha pun ada kekuatan beliau tersendiri, jika tidak PAS tidak akan sampai pada tahap ini kan. Dan satu lagi, isu UG isu murahan pihak tertentu.
No comments:
Post a Comment